KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag bersama rombongan MUTIARA GRS menyantuni dan menyampaikan pelbagai sumbangan termasuk bakul kelengkapan mandian kepada pesakit-pesakit dalam lawatan amal ke Rumah Palliative Care Association of Kota Kinabalu, pada Isnin.

Dalam ziarah amal itu, Juliah turut menyampaikan replika cek sumbangan MUTIARA GRS kepada Rumah Palliative Care Association of Kota Kinabalu yang diwakili Presidennya, Datuk Dr Jaswant Singh.-pr/BNN