KENINGAU: Penyandang ADUN Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, bersama isteri, Datin Tengku Adlina Marita Tengku Adlin, menghadiri majlis perkahwinan pasangan Nasrul Asyraf dan Amirah Sudiman di Kampung Kauran, kelmarin.

Annuar menzahirkan doa agar pasangan pengantin kekal bahagia dan saling melengkapi dalam kehidupan berumah tangga.

“Majlis seperti ini bukan sekadar meraikan penyatuan dua insan, tetapi turut mengeratkan silaturahim dan kasih dalam komuniti,” katanya.

Kehadiran beliau mencerminkan keakraban serta kepimpinan yang sentiasa dekat di hati rakyat Liawan.-pr/BNN