KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag telah menyempurnakan acara ‘flag off’ sempena 14th Morther’s Day Walk Abreast 2026, di Taman Awam, Teluk Likas, di sini pada Ahad.

Program yang bermula dengan acara senamrobik pada jam 7 pagi itu, disertai 700 peserta sebelum meneruskan acara berjalan kaki sejauh kira-kira 4.8 kilometer.

Program tahunan bertemakan ‘Step by Step, Side by Side’ anjuran Sabah Kinabalu Pink Ribbon itu turut disertai antaranya ahli-ahli Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) dan ahli keluarga serta pemandiri kanser payudara (breast cancer survivor) selain komuniti setempat.-pr/BNN