Wanita UMNO Sabah ucap terima kasih kepada pengundi Semenyih

0
Jainab (dua dari kanan) bersama team wanita UMNO Sabah semasa membantu jentera BN berkempen di Semenyih.
KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita UMNO Sabah mengucapkan terima kasih kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih kerana telah memilih  calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam.
Jainab (duduk, dua dari kiri) bersama pemimpin Wanita UMNO Sabah semasa membantu jentera BN berkempen di Semenyih.
Ketuanya, Datuk Dr.Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid berkata,  kemenangan Zakaria Hanafi amat bermakna kepada BN, walaupun BN masih merupakan parti pembangkang di Selangor.
Katanya, keputusan PRK Semenyih adalah bukti referendum protes rakyat kepada kerajaan pakatan harapan.
Jainab telah bersama-sama kepimpinan Wanita UMNO Sabah berkampung di Semenyih bagi membantu jentera BN berkempen dalam PRK itu. Rombongan UMNO Sabah diketuai oleh Ketua UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin dan Timbalannya, Datuk Yakub Khan serta kepimpinan UMNO Sabah yang lain.
Beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sepanggar berkata, kemenangan ini jugak memberi momentum kepada Jentara BN khususnya Wanita untuk “LANGKAH RANTAU”
“Dengan kemenangan ini wanita UMNO akan meneruskan perjuangan di Rantan dengan semangat yang luar biasa dan tinggi.
“Walaupun kemenangan di DUN Semenyih tidak akan mengubah kerajaan sedia ada, tetapi mesej  daripada rakyat kepada kerajaan PH yang paling jelas”, tegasnya dalam satu kenyataan, hari ini.
BN merampas kembali kerusi DUN Semenyih apabila Zakaria menang dengan meraih 19,780 undi, menewaskan tiga lagi pencabarnya.
Zakaria, yang berasal dari Kampung Sesapan Kelubi, Beranang menewaskan calon PH, Mohammad Aiman Zainali yang memperoleh 17,866 undi, manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul (847 undi) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng atau ‘Uncle Kentang’ memperoleh 725 undi.
Selain Jainab, kepempinan Wanita UMNO Sabah yang membantu jentera BN di Semenyih ialah Naib Ketua Wanita Negeri, Puan Juriah Palasin, , Penolong Setiausaha, Puan Aminah Johan, Bendahari Wanita Negeri, Puan Chaya Sulaiman, Ketua Penerangan-Hajah Musliati Muslimin dan Penolong Setiausaha Wanita UMNO Kota Kinabalu, Puan Rosnah.-pr/BNN