Tanpa kita sedari, itu lah yang sedang berlaku kepada NAFAS kini. Menteri dan konco-konco beliau di Amanah seperti Mazlan, Pharolrazi, dan Ahmad Shaari sedang melakukan perkara keji dengan ‘merogol’ NAFAS beramai-ramai.
Perbelanjaan yang berlebih-lebihan yang membawa faedah minima seperti melaksanakan majlis-majlis yang tidak diperlukan dan terkini pelantikan Pegawai Pembangunan Peladang (PPP) di negeri-negeri, semuanya membelanjakan peruntukan NAFAS, yang sumbernya adalah dari saham yang dibayar oleh pemilik saham NAFAS, iaitu para peladang yang merupakan ahli Pertubuhan Peladang (PP).
Perlantikan PPP NAFAS ini adalah perbuatan tanpa segan-silu sebagai lantikan politik, dan amat malang sekali bahawa wang pemilik saham digunakan untuk tujuan ini, walhal pemegang saham mengharapkan wang mereka dibelanjakan untuk mendapat pulangan maksima ke atas saham mereka.
Kerakusan gerombolan di NAFAS yang bukan ahli PP dan jahil tentang tujuan penubuhan PP ini, membawa kepada pewujudan jawatan yang tidak diperlukan ini.
NAFAS adalah dimiliki oleh Peladang selaku pemegang sahamnya melalui Pertubuhan Peladang Negeri (PPN). PPN lah yang perlu memantau NAFAS agar setiap sen yang dibelanjakan membawa pulangan maksima. Pemantauan ini dibuat melalui suara perwakilan di Mesyuarat Agung dan kehadiran wakil Peladang yang dipilih untuk menduduki barisan Ahli Jemaah Pengarah (AJP).
Sebaliknya kini lebih ramai lantikan Menteri di NAFAS, serta usaha untuk turut menempatkan lebih ramai lantikan Menteri di PPN, lantas menenggelamkan suara pemegang saham. Inilah juga perbuatan rogol korporat beramai-ramai keatas PP!
Memetik tulisan A. Kadir Jasin, ‘perbuatan hina dan khianat mereka meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas agensi pembasmian kemiskinan itu dan para penerokanya’ begitulah perbuatan hina dan khianat gerombolan Amanah itu terhadap PP amnya dan NAFAS khususnya serta para peladang yang rata-ratanya merupakan golongan miskin.
Kita bersimpati terhadap Kerajaan PH yang berusaha untuk memulihkan negara dan menarik sokongan rakyat, tetapi Salahuddin, Mazlan, Fharolrazi dan Ahmad Shaari mensabotaj usaha Perdana Menteri.- Oleh-Almain bin Talsan