Hajiji rasmi program Jelajah Pimpinan BERSATu Sabah Bahagian Kota Belud

0
Hajiji (lima dari kanan) bersama Japlin (empat dari kanan) dan pemimpin serta ahli-ahli BERSATU yang hadir.

KOTA KINABALU: Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah merasmikan Program Jelajah Pimpinan Bersatu Sabah Peringkat Bahagian Kota Belud di Dewan Reka Raya Fishing Park Kulambai Kota Belud, pada Ahad.

Hajiji (empat dari kiri) menerima borang permohonan keahlian baru di majlis itu.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut menerima 600 borang keahlian baru daripada BERSATU Bahagian Kota Belud sempena program

Hadir sama dalam siri jelajah itu ialah Ketua BERSATU Bahagian Kota Belud, Datuk Japlin Haji Akim yang juga ADUN Usukan, Bendahari BERSATU Sabah, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Timbalan Setiausaha BERSATU Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (ADUN Apas) dan Datuk Maijol Mahap, Ketua Penerangan BERSATU Sabah, Encik Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Ketua Srikandi BERSATU Sabah, Datuk Amisah Yassin,Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Kota Belud, Encik Roslan Bin Akik, Ketua Srikandi Bahagian Kota Belud, Puan Hasrina Wati Datuk Golkhan dan Ketua Armada BERSATU Bahagian Kota Belud, Encik Fairuz Rendaan.-pr/BNN

Sebahagian daripada pemimpin dan ahli-ahli BERSATU bahagian Kota Belud yang hadir.