KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Parti Cinta Sabah (PCS) Negeri Sabah Ag Zakariah Bin Hj Ibrahim yang juga anak jati Bongawan menempelak kembali kenyataan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bongawan, Dr Daud Yusuf cuba menyalahkan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman dalam isu kerjasama dengan parti dari Semenanjung.

Zakaria berkata, Parti Warisan Sabah (Warisan) kini dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan kredibilitinya akibat pendedahan demi pendedahan tentang kelemahan mereka mentadbir Sabah hingga sanggup memutarbelit fakta.

Dr Daud juga secara jelas cuba memutar belit mesej disampaikan Anifah di laman sosialnya (page) yang kononnya bekas Ahli Parlimen Kimanis itu lemah ketika berdepan tekanan dari parti Malaya semasa masih berada dalam Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Sedangkan hakikatnya Dr Daud yang sebelum ini pernah berada dalam Umno Bahagian Kimanis mungkin terlupa atau sengaja buat lupa bahawa Anifah pada tahun 2008 sudah mula menyuarakan hak Sabah MA63 di Parlimen.

Bahkan, Anifah sanggup tidak menerima jawatan timbalan menteri yang ditawarkan kepada beliau pada masa itu kerana bagi beliau orang Sabah layak untuk jawatan yang lebih tinggi berpandukan hak kesaksamaan dalam perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 (MA63).

Pada tahun yang sama juga Anifah dalam satu program di Kimanis telah mengajak semua politik tanpa mengira ideologi supaya bersatu menuntut dikembalikan hak kedua-dua wilayah terbabit.

Pada masa sama katanya, Anifah juga turut mengajak wakil rakyat Sabah dan Sarawak sama ada parti kerajaan mahupun pembangkang peringkat Persekutuan memastikan sebarang usul MA63 dibawa ke Parlimen mendapat sokongan dua per tiga dewan.

Zakaria berkata, Dr Daud juga mungkin terlupa bahawa Anifah semasa menjadi Menteri Luar telah mengadakan satu forum di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 2015 bagi menuntut MA63.

“Semua pemimpin sama ada dari blok kerajaan BN atau pun pembangkang termasuk Datuk Seri Shafie Apdal yang pada masa itu Naib Presiden Umno telah dijemput untuk bersama dalam forum ini namun beliau tidak hadir tanpa sebarang alasan.

“Mungkin Dr Daud juga terlupa pada tahun sama, usaha kita untuk merealisasikan tuntutan ini telah masuk ke peringkat pertama apabila Perdana Menteri pada masa itu (Dato’ Seri Najib Razak) telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Hak Sabah.
“Justeru, siapakah sebenarnya lemah ketika berdepan dengan tekanan politik parti Malaya pada masa itu, Anifah atau Shafie yang pada masa itu adalah Naib Presiden Umno iaitu jawatan tertinggi dan paling rapat dengan Presiden Umno?,” katanya.

Zakaria berkata, Shafie pada masa itu hanya diam membisu dalam soal perjuangan MA63 semasa jadi Menteri penuh persekutuan, namun hanya keluar ‘suara sumbang’ tentang MA63 apabila digantung seterusnya keluar Umno pada tahun 2016 dan menubuhkan Warisan.

Katanya, berbeza dengan Shafie, Zakaria berkeyakinan Presiden Warisan itu akan terus kekal membisu mengenai Hak Sabah malah akan terus bersama Umno jika keahlian beliau tidak digantung.
“Saya percaya, jika keahliannya tidak digantung, Shafie masih kekal dalam Umno dan terus membisu dalam tuntutan terhadap MA63 yang kononnya beliau perjuangkan sekarang tetapi persoalannya, kenapa tidak semasa beliau masih Naib Presiden Umno?.

“Kenapa tidak bersama Anifah serta rakan pemimpin lain dari pihak parti kerajaan atau pembangkang pada masa itu untuk sama-sama berjuang sebagai sebagai Anak Sabah bagi menuntut MA63? Soal Zakaria lagi
“Adakah disebabkan beliau takut atau lemah jika didapati bersekongkol dengan pemimpin pembangkang Sabah pada masa itu hingga takut kehilangan jawatan dan kepentingan di dalam Umno?,” tegasnya.

Mengenai tuduhan Dr Daud bahawa Anifah tidak berbuat apa-apa mengenai keperluan membina loji penapis gas asli di Kimanis, Zakaria berkata, atas sebab itu Anifah mengutamakan tuntutan hak Sabah kerana jalan penyelesaian terletak pada MA63.

Katanya, isu cukai jualan gas dibawa keluar dari Kimanis ke Sarawak yang berjaya dikenakan cukai oleh Kerajaan Warisan juga dibanggakan Dr Daud hingga menyalahkan Anifah mengapa tidak laksanakan semasa beliau menjadi Menteri Luar dan Ahli Parlimen Kimanis pada masa itu.

Zakaria berkata, persoalannya bukan terletak pada diri beliau tetapi pada Shafie sendiri yang pada masa itu Naib Presiden Umno dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta merupakan individu paling rapat dengan Najib.

“Persoalan yang sewajarnya adalah kenapa Shafie tidak mengesyorkan agar cukai jualan dikenakan terhadap gas asli Sabah yang dibawa keluar oleh Petronas ke Sarawak pada masa itu sedangkan beliau rapat dengan Perdana Menteri.
“Kenapa sekarang boleh buat tetapi dulu langsung membisu hingga salahkan anifah pula sedangkan Shafie rapat dengan Najib.

Zakaria berkata, begitu juga skandal Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) yang bernilai RM4 billion bertujuan menyalurkan bekalan gas asli dari Kimanis ke Sandakan bagi tujuan penjanaan bekalan elektrik di kawasan pantai timur.
Zakaria memberikan jawapan sama dan masuk di akal iaitu kenapa beliau yang dipersalahkan sedangkan individu paling rapat pada masa itu dan kononnya pejuang hak Sabah pada masa ini adalah Naib Presiden Umno iaitu Shafie Apdal bukannya Anifah Aman.
“Sekali lagi saya bertanya kepada Dr Daud, kenapa Shafie Apdal yang ketika ini kononnya pejuang dan sebagai pelindung hak Sabah, pada masa itu tiada inisiatif untuk mengetahui secara mendalam projek mega ini yang dibangkitkan DAP pada 2017.
“Sedangkan sebelum itu, beliau (Shafie) boleh pula mengkritik isu 1MDB tetapi tidak boleh pula tahu skandal TSGP ini,” katanya yang menyifatkan Warisan dan Shafie sudah mula goyah akibat kegagalan mereka sendiri.
Zakaria turut menempelak Dr Daud yang cuba menjadi ‘hero’ pada masyarakat Bongawan termasuk isu gesaan beliau yang mahu masyarakat Bongawan itu bangkit menyokong Warisan pada pilihanraya kali ini sedangkan hakikatnya, Dr Daud adalah ‘perosak’ masyarakat itu sendiri.
Beliau berkata, buktinya sebahagian besar warga.

Bongawan keliru dengan status Dr Daud iaitu siapa sebenarnya wakil rakyat Bongawan, beliau atau pegawai khasnya?
“Tidak percaya, tanya orang Bongawan sendiri kerana mereka keliru, siapa sebenarnya YB, Dr Daud atau pun pegawai khas beliau dari Sarawak?,”
“Kimanis ada SOGT, Kimanis Traning Center, dan banyak kemudahan yang memberi kebaikan pada rakyat, Dr Daud perlu tanya kepada Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal Presiden Parti Warisannya, Semporna ada apa? Katanya lagi.-pr/BNN