Yahya wakil Musa rasmi BDC Industrial Centre-Putatan

0
93
Yahya (bersongkok) menerima cenderamata daripada Kadzim di majlis itu.

 

Yahya (bersongkok) menerima cenderamata daripada Kadzim di majlis itu.

KOTA KINABALU; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman merasmikan Borneo Development Corporation (BDC) Industrial Centre-Putatan di Soluxe Ballroom Narada Hotel, Putatan, hari ini.

BDC Industrial Centre-Putatan merupakan projek pembangunan industry ringan di daerah Putatan. Projek ini mengandungi 27 unit bangunan iaitu 7 unit bangunan dua tingkat persendirian dan 20 unit bangunan dua tingkat berkembar.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi BDC, Senator Datuk Haji Kadzim M. Yahya,Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr.Marcus Mojigoh dan Pengurus Besar BDC, Dorothy Majalang.-CE/BNN