KOTA KINABALU: Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) sempena sambutan Pesta Magahau 2017 anjuran Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai, tiket ke Paris yang nilai keseluruhan mencecah RM30 ribu kepada pemenang johan pertandingan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan yang juga Presiden SAMORA berkata, johan Gimpuhut Momogun Rungus selain menerima hadiah wang tunai RM10,000, tajaan biasiswa, telefon bimbit, hamper dan juga akan menyertai rombongan SAMORA dan Tourism Malaysia ke International French Travel Market (IFTM) Paris 2017. Keseluruhan hadiah untuk johan MGM bernilai hampir RM30 ribu.
“Jika tahun 2016 hadiah utama pemenang MGM ialah tiket pergi balik ke Program World Travel Market (WTM) London 2016, tahun ini hadiah yang ditawarkan lebih hebat dan lumayan”, katanya dalam satu kenyataan, baru baru ini.
Menurutnya, selain hadiah tiket dan wang tunai, top 3 MGM juga akan turut menerima hadiah tajaan biasiswa dari City University Kuala Lumpur. Antara bidang yang menjadi keutamaan ialah pelancongan & hospitaliti.
Selain itu katanya, johan MGM juga berpeluang jadi ‘Duta’ kepada university tersebut di bawah program Pelancongan City University dan Vatel France.
Jelani berkata, selain MGM acara-acara lain yang akan turut diadakan sempena Pesta Magahau 2017 ialah Mitarab Monurizak Magahau (3M-Pertandingan Nyanyian ), Hontira (sukan tradisi ), Mitarab Mongigol Sumundai (MMS), Mitarab Longoi Kodori (MLK) , Mitarab Pinapakan/Sulap (MPS), Mitarab dot Band/Battle of The Band (MDB/BOTB), Mitarab Manabas Sulung Kisurip Momogun/Rungus , Mindahu Mamapak-Adau Papak Tavasi (APT) – Mitarab Kaakanan Kodori (MKK)/Pertandingan Makanan Tradisi,
, Mitarab Kohukumo (MK)/Pertandingan Pidato dan lain-lain.
Katanya, Pesta Magahau 2017 akan diadakan di 7 zon di Sabah dan Lembah Klang, Semenanjung Malaysia.
Menurutnya, pelancaran pesta itu dan sambutan peringkat Zon Pitas telah diadakan pada 7 dan 8 Julai di Dewan Komuniti Kanibongan.
Bagi Pesta Magahau 2017 Zon Semenanjung Malaysia akan diadakan pada 15 dan 16 Julai 2017 di Dewan MaTic, Ampang Kuala Lumpur.
Zon Matunggong akan diadakan pada 15 Julai di Tapak Pusat Kebudayaan & Warisan Rungus Badarag Sikuati, Kudat. Zon Kota Marudu (16 Julai 2017) di Kampung Bintoson Darat. Zon Kudat (21 & 22 Julai 2017) di Dewan Serbaguna/gelanggang futsal Kampung Andab Kimihang.
Zon Beluran (22 Julai 2017) di Dewan Serbaguna Kg. Tangkarason Paitan, Beluran. Zon Kota Kinabalu (23 Julai 2017) di Dewan Serbaguna Mini Putrajaya, Telipok.
Sementara itu, acara “Mitarab monurizak”/pertandingan bintang Magahau akan diadakan pada 27 dan 28 Julai 2017 di Rumah Panjang Puruvan Square, Matunggong.
Acara Sodop Papak Tavasi (SPT)/ Red carpet/ Gala Night akan diadakan pada 28 Julai 2017 di Dewan Terbuka Matunggong.
Acara-acara utama yang telah disusun atur oleh pihaknya pada malam itu ialah penampilan peserta-peserta top 3 Gimpuhut setiap zon seramai 21 orang peserta dan pertandingan akhir top 7, mitarab monurizak (bintang Magahau).
Jelani berkata, acara baru yang diperkenalkan iaitu Mitarab dot Band (MDB) (Battle of the band) akan menampilkan kelainan dan unik kerana alat-alat muzik tradisi Rungus seperti sundatang, Tontog, urali dan lain-lain akan digabungkan dengan alat-alat muzik moden . MDB akan diadakan pada 29 dan 30 Julai 2017 di Rumah Panjang Puruvan Square, Matunggong.
Manakala kemuncak sambutan Pesta Magahau 2017 akan diadakan pada 31 Julai 2017 juga di Rumah Panjang Puruvan Square, Matunggong, dijangka akan dihadiri oleh kira-kira 10 ribu orang pengunjung.
Pengisian acara utama pada hari kemuncak sambutan ialah pertandingan akhir MGM, Mindahu Mamapak, pertandingan makanan tradisi rungus, Hontira/sukan rakyat dan lain-lain.
Menurutnya, pihaknya juga telah melantik pengurus-pengurus MGM peringkat zon-zon bagi memastikan kelancaran penganjuran sambutan itu.
Pengurus MGM Zon Kudat ialah Puan Zainiah Tapah (010-773 6753), Zon Matunggong (Puan Salunih Maruson -019-802 5902), Zon Kota Marudu (Puan Ruhini Andong-019-536 4524), Zon Pitas (Puan Flemie Emie Binsiew- 013-898 9067), Zon Beluran (Puan Martini Sangkong -013-898 3323), Zon Kota Kinabalu (Henny Marupin-013-854 8988) dan Kuala Lumpur (Puan Lynell Matius- (0 13-324 1605).
Jelani berkata, orang ramai yang berminat menyertai acara-acara sambutan Pesta Magahau 2017 boleh menghubungi penama berikut bagi mendapatkan keterangan lanjut;
Datuk Jeffry A@ Cobra – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pesta Magahau 2017 merangkap Pengerusi Sodop Papak Tavasi & MGM 2017 (016-815 5056), Jahudi Masilun – Setiausaha Jawatankuasa Pesta Magahau 2017 (+60 18-965 1615 ), Flemie Emie – Timbalan Pengerusi SPT & MGM (013-898 9067), Ruhini Andong – Setiausaha SPT & MGM (019-536 4524), Tapai Ampai (011-2980 2068) (Mitarab Band – BOTB), Robert Angkangon (0 11-5152 9089) (Mitarab Monurizak) dan Alfred Rocky – 019-850 9429 (Mitarab Hontira).
Katanya, pihaknya turut menyediakan tapak berniaga dan pameran bersebelahan Rumah Panjang Puruvan Square. Mereka yang berminat untuk membuat tempahan boleh menghubungi Pengerusi JawatanKuasa Pameran & Gerai, Stanley Donal (014-855 5844).-CE/BNN