Yahya pengerusi mesyuarat UMNO Putatan

0
321

MESYUARAT…Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (bersongkok) telah mempengerusikan Mesyuarat UMNO Bahagian Putatan di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putatan, Datuk Haji Arsit Sedi (empat dari kanan), Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Puan Juliah Palasin (dua dari kiri), Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Ir.Shahelmey Yahya (kiri), Setiausaha UMNO Bahagian, Encik Ishar Ramli (dua dari kanan), Bendahari UMNO Bahagian, Datuk Haji Ibrahim OKK Laiman Diki (kanan) dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Haji Othman Hamid.

Sementara itu, UMNO Bahagian Putatan dijadual mengadakan Mesyuarat Perwakilan 2017 pada 22 Julai 2017 di Dewan Sri Putatan.-PR/BNN