Perayaan Pesta Magahau 2017 dilancar diPitas

0
Jelani menyampaikan hadiah kepada johan MGM Zon Pitas, Treacy di majlis itu.
Treacy (duduk) bersama Vivian (kiri) dan Lidinah (kanan) selepas diumum sebagai pemenang MGM Zon Pitas.PITAS: Treacy Chee Nyuk Len muncul sebagai johan Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) perayaan Pesta Magahau Zon Pitas 2017 yang diadakan di Dewan Komuniti Kanibongan

PITAS: Treacy Chee Nyuk Len muncul sebagai johan Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) perayaan Pesta Magahau Zon Pitas 2017 yang diadakan di Dewan Komuniti Kanibongan

Naib johan dimenangi oleh Cik Vivian Rostin dan tempat ketiga dimenangi oleh Cik Lidinah Majintal. Mereka menerima hadiah berupa wang tunai, piala,sijil dan peralatan kecantikan tajaan Adreana Beauty Saloon.

Sementara itu, johan Mitarab Monurizak Magahau Zon Pitas dimenangi oleh Raynel Botohong.Naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Ellys Emith dan Nazee.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Datuk Abdul Mijul Haji Unaini telah melancarkan perayaan Pesta Magahau 2017 sekaligus merasmikan Pesta Magahau Zon Pitas.

Turut hadir dalam majlis pelancaran itu ialah ADUN Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan yang juga Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah SAMORA.

Sementara Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kudat, Datuk Aminah Ambrose yang merasmikan Sodop Papak Tavasi (SPT) telah menyampaikan hadiah kepada pemenang Mitarab Monurizak.

Jelani menyampaikan hadiah kepada johan MGM Zon Pitas, Treacy di majlis itu.

Menurut Jelani, selepas pelacaran itu, Pesta Magahau 2017 akan diadakan di 6 zon lain di Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Pesta Magahau Zon Semenanjung Malaysia akan diadakan pada 15&16 Julai 2017 di Dewan MaTic, Ampang Kuala Lumpur.

Zon Kota Marudu pada 16 Julai 2017 di  Kampung Bintoson Darat.

Zon Kudat (21&22 Julai 2017) di Dewan Serbaguna/Gelanggang Futsal Kg. Andab Kimihang.

Zon Beluran (22 Julai 2017) akan diadakan di Dewan Serbaguna Kg. Tangkarason Paitan, Beluran.

Zon Kota Kinabalu pada 23 Julai 2017 di Dewan Serbaguna Mini Putrajaya, Telipok.

Bagi Zon Matunggong tarikh mengadakan pesta itu akan diumumkan kemudian.

Sementara bagi  Mitarab Monurizak/pertandingan bintang magahau akan diadakan pada 27 dan 28 Julai 2017,  Mitarab dot Band/Battle of the band akan diadakan pada 29 dan 30 Julai 2017 di  Rumah Panjang Puruvan Square, Matunggong.

Manakala Sodop Papak Tavasi (SPT)/Red carpet/Gala nite akan diadakan pada 28 Julai 2017 di Dewan Terbuka Matunggong. Acara utama malam itu ialah penampilan peserta-peserta top 3 MGM setiap zon seramai 21 orang, selain pertandingan akhir top 7, Mitarab Monurizak/bintang Magahau.

Menurut Jelani, Adau Papak Tavasi 2017 (Majlis sambutan hari kemuncak pesta magahau 2017) akan diadakan pada 31 Julai 2017 di Rumah Panjang Puruvan Square, Matunggong.

Acara-acara utama pada hari itu ialah pertandingan akhir MGM, Mindahu Mamapak, pertandingan makanan tradisi Rungus dan lain-lain.

Orang ramai adakan dipelawa menyertai dan menghadiri sambutan perayaan Pesta Magahau 2017.-CE/BNN