KOTA KINABALU: Kunjungan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Wartawan Sabah (SJA) di pejabatnya pada Rabu. Presiden SJA Datuk Muguntan Vanar mengetuai kunjungan itu yang bertujuan menyampaikan jemputan SJA ke majlis Kinabalu Press Awards (KPA) 2019.
Ewon menyatakan kesudian untuk hadir sama ke majlis KPA 2019 yang akan diadakan pada 25 November 2019. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dijangka merasmikan majlis berkenaan yang juga pengiktirafan untuk pengamal media di negeri ini.
Ewon (tengah) menerima surat jemputan SJA yang disampaikan oleh Muguntan (tiga kiri). Turut kelihatan Ahli Jawatankuasa SJA yang turut sama hadir semasa kunjungan itu.-pr/BNN