KOTA KINABALU: AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan yang juga Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) telah menerima kunjungan hormat darIpada Pembantu Pengurus Pemasaran (Assistant Manager Marketing) City University & VATEL International Business School, Hotel & Tourism Management, Encik Nik Ahmad Fitri Bin Nik Azman di pejabatnya di Kota Kinabalu.
Kunjungan itu bagi membincangkan secara terperinci tajaan City University & Vatel International kepada pemenang Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) peringkat negeri tahun ini.
“City University bersetuju untuk menaja biasiswa untuk top 7 MGM 2017 yang bernilai lebih RM20,000 dalam pelbagai jurusan dan pada masa yang sama bersetuju untuk senarai pendekkan 21 peserta MGM ke temuduga khas Vatel pada 30 Julai 2017”, kata Jalani.
“Individu-individu yang layak akan diambil bekerja di hotel-hotel di bawah progran Industry Experience Placement Program dan dalam masa yang sama menyambung pengajian mereka dalam bidang berkaitan.
“Saya juga telah meminta agar Duta-Duta SAMORA, Monurizak & pemenang MGM tahun 2016 diberi peluang yang sama”, jelasnya.-PR/BNN