Wira seru YB turun padang

0
228
Banjir berkenaan
Banjir berkenaan

KOTA BELUD : Wira Warisan Bahagian P.169 Kota Belud yang diketuai oleh Datu Abdul Hafiz Datu Abdullah selaku Ketua Wira Bahagian mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N8 Usukan untuk turun padang ekoran keadaan banjir yang sukar untuk dibendung.

“Setiap kali hujan lebih dari tiga jam,air sungai akan melimpah menyebabkan longkang tidak dapat menampung air kesan daripada longkang yang gagal diselanggara dengan betul menyebabkan perkampungan sekitar terpaksa berhadapan risiko keselamatan nyawa dan harta benda.” Kata Hafiz ketika Ketua Penerangan Wira temui beliau disini baru baru ini.

Ketua  Wira Warisan menyeru supaya Datuk Salleh Said Keruak sebagai wakil rakyat Usukan Kota Belud lebih perihatin terhadap situasi yang sering melanda di kawasan usukan dan bukan hanya berdiam diri seolah-olah membiarkan para penduduk tenggelam dihanyutkan air banjir.

“Sekurang-kurangnya YB dapat melihat sendiri keadaan air banjir yang teruk di Usukan dan mengambil inisiatif tindakan segera bagi mengatasi  masalah banjir yang amat menyusahkan ahli keluarga  yang terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk mengepam air keluar dan bergotong-royong membersihkan rumah”. Kata  Hafiz.

Menurutnya,meskipun telah banyak aduan dibuat,tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut,seolah-olah penduduk disini tidak dihiraukan dan hanya datang kepada rakyat bila meraih undi.

“Lebih menyedihkan bila mana Wakil rakyat seperti Datuk Salleh yang diharapkan untuk membantu penduduk di Usukan gagal memberikan reaksi yang diharapkan.Walhal, penduduk Usukan telah pun memberi kepercayaan kepada beliau semasa Pilihan Raya yang lepas”..kata seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan.

Tambahnya,meskipun pusat pemindahan seperti Dewan Masyarakat telah dibuka bagi menempatkan mangsa banjir namun penduduk di Usukan lebih selesa tinggal dirumah masing-masing memandangkan rumah adalah syurga bagi mereka.

“YB yang diberikan mandat oleh ADUN N8 Usukan harus peka dengan keperluan rakyat di sini.Selain sungai,longkang-longkang haruslah diselanggara dengan baik demi rasa perikemanusiaan dan tidak hanya memberi alasan bahawa banjir itu bencana alam”. Kata beliau.-PR/BNN