MATUNGGONG: Treacy Chee dari zon Pitas dimahkotakan sebagai johan Mitarab Gimpuhut Momogun Rungus (MGM) Pesta Magahau 2017 yang berlangsung pentas terbuka Puruvan Square di sini, baru baru ini
Beliau menerima hadiah bernilai kira-kira RM75 ribu (termasuk tajaan biasiswa) iaitu wang tunai RM10 ribu (termasuk belanja di Paris), tiket pergi dan balik ke Paris (IFTM Paris 2017), biasiswa bernilai RM63,580 dari City University & Vatel International Business School & Tourism Managment dan Kinabalu Commercial College termasuk kupon, hamper dari Fey Legasi bernilai Rm400, tiara dan sijil.
Naib johan dimenangi oleh Fenny Lo dari Zon Matunggong yang menerima hadiah wang tunai RM3,000,sijil dan hamper.
Viezyeci Hebron juga dari Zon Matunggong menang tempat ketiga. Beliau menerima hadiah berupa wang tunai RM2,000 , sijil dan hamper.
Tempat keempat dimenangi oleh Norina Molisin juga dari Zon Kota Marudu yang menerima hadiah berupa wang tunai Rm1,000, sijil dan hamper.
Fenny Lo, Viezyeci dan Norina masing-masing turut menerima hadiah biasiswa bernilai RM63,580 dari City University & Vatel International Business School & Tourism Managment dan Kinabalu Commercial College termasuk kupon pendaftaran .
Tempat kelima dimenangi oleh Rayvianie Atajau dari Zon Kota Kinabalu. Tempat keenam disandang oleh Lydia De Sal juga dari Matunggong . Sementara Rachel Justin dari Zon Kota Kinabalu di tempat ketujuh. Mereka masing-masing menerima hadiah sagu hati, sijil & biasiswa dari City University dan Kinabalu Commercial bernilai RM32,180, hamper dan sijil
Manakala pemenang tempat kelapan hingga ke sepuluh menerima hadiah sagu hati , biasiswa bernilai RM29,300 dari City University dan Kinabalu Commercial College.
Seramai 21 peserta mewakili 7 zon Sabah dan Semenanjung Malaysia menyertai MGM Pesta Magahau 2017.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Pang Yuk Ming telah mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Amen merasmikan kemuncak pesta itu yang dihadiri oleh kira-kira 10000 ribu orang termasuk pelancong asing.
Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan yang juga Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA), Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong dan Pengerusi Bersama Pesta Magahau, Encik Joumat , Timbalan Presiden SAMORA, Encik Markus Suman dan Duta Momogun Rungus, Cik Clarysa Henry Ogodong.
Pesta Magahau 2017 dianjurkan oleh SAMORA dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.-PR/BNN