MGM Kudat di mahkotahkan

0
94
Jenny (tengah) elly Micks Mejerry (kiri). Tempat ketiga dimenangi oleh Steafe Franzis.
Jenny (tengah) elly Micks Mejerry (kiri). Tempat ketiga dimenangi oleh Steafe Franzis.

KUDAT: Cik Jenny T S Fhun, 19 dimahkotakan sebagai johan Mitarab Gimpuhut (MGM)  Pesta Magahau Zon Kudat yang berlangsung di sini,baru-baru ini.

Jenny yang baru menamatkan Kursus Diploma Perakaunan merupakan pelajar cemerlang Kolej Matrilulasi Labuan. Beliau mendapat keputusan 4.0 CGPA.

Naib johan disandang oleh Helly Micks Mejerry (kiri). Tempat ketiga dimenangi oleh Steafe  Franzis.

Ketiga-tiga top 3 tersebut akan mewakili Zon Kudat ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 31 Julai 2017 di Puruvan Square Matunggong.

Sementara itu, Vincent Duan muncul johan acara Mitarab Monurizak (Nyanyian). Ndey Brendon  dan Farhana Francis masing-masing muncul naib johan dan tempat ketiga. Ketiga- tiga mereka juga akan turut mewakili Zon Kudat dalam pertandingan peringkat negeri.

Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Ketua Menteri,Datuk Teo Chee Kang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kapor telah merasmikan pesta itu.-PR/BNN