Yahya rasmi Tekun

0
581
Yahya dan Redzuan bergambar kenang-kenangan bersama peserta Seminar Asas Keusahawanan Tekun
Yahya (dua dari kanan) menerima cenderamata daripada Redzuan di majlis itu.

KOTA KINABAU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan Seminar Asas Keusahawanan Tekun Nasional (Tekun) Negeri Sabah di Soluxe Hotel, Putatan, hari ini.

Seminar sehari itu disertai oleh kira-kira 500 peserta terdiri daripada usahawan Tekun dari Penampang, Kota Kinabalu dan Putatan.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kanan Tekun, Encik Redzuan Yaacob, Ketua Jabatan Latihan Keusahawanan Tekun, Haji Roshaimi Harun, Pengurus Tekun Negeri Sabah, Encik Salim Abidin dan Pengerusi Kelab Komuniti Usahawan Tekun Parlimen Putatan, Puan Noraidah Aning.-pr/BNN

Yahya dan Redzuan bergambar kenang-kenangan bersama peserta Seminar Asas Keusahawanan Tekun