Yahya terima kunjungan G7 Highlander

0
78

KOTA KINABALU: Timbanlan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (tiga dari kiri) telah menerima kunjungan daripada kumpulan G7 Highlanders Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran yang diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerahnya, Puan Tah Nia Haji Jaman (tiga dari kanan) di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri telah diberi taklimat mengenai G7 Highlanders yang akan mewakili Malaysia ke negara Jepun (Malaysia Book of Record) pada 13 hingga 20 November 2017 dan Lazimpat,Kathmandu, Nepal (International Folk Festival) pada 1 hingga 10 Mac 2018.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Pengarah Program, Encik Stanley T.Missun dan pegawai kanan PPD Tuaran.-pr/BNN