KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (duduk, tiga dari kiri) telah menerima kunjungan hormat daripada kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Daerah Putatan yang diketuai oleh Presidennya, Haji Ag.Abd.Ghani Pg.Yusoff (tiga dari kanan) yang juga Pegawai Daerah Putatan di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.
Abd.Ghani dipilih menerajui SAFA Putatan dalam pemilihan yang diadakan baru-baru ini. Turut hadir pada kunjungan itu ialah Timbalan Presiden I, Encik Hassan Mahali (duduk, dua dari kiri), Naib Presiden 1, Encik Latif Jair (duduk, dua dari kanan), Naib Presiden II, Encik Shamsuddin Md.Shah (duduk, kiri), Setiausaha-Encik Salleh Haji Ag.Damit (duduk, kanan), Bendahari –Ak Aziz Pg.Abd.Ghani serta ahli jawatankuasanya.
Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas telah diberi taklimat mengenai program dan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan oleh SAFA Putatan termasuk penganjuran kejohanan merebut pialanya pada akhir tahun ini.
Yahya dalam ucapannya berharap SAFA Putatan dapat membantu melahirkan pemain bola sepak yang berpotensi mewakili negeri Sabah dan negara suatu masa nanti.
“SAFA Putatan perlu berusaha melahirkan pemain seperti James Wong yang mewakili negara ke kejohanan peringkat antarabangsa”, tambahnya.-pr/.BNN