Jelani kesal JKR gagal membina bulatan di Simpang 4

0
57
Orang kampung bergotong royong membaiki Jalan ke Kg.Teringai Laut dibawah jagaan JKR
Orang kampung bergotong royong membaiki Jalan ke Kg.Teringai Laut dibawah jagaan JKR

MATUNGGONG:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan melahirkan rasa kesal berikutan kegagalan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) membina bulatan di Simpang 4 Jalan Pinawantai (Pinawantai Round About) sehingga menyebabkan kerap berlaku kemalangan di lokasi itu.
Katanya, JKR perlu segera membina Bulatan Pinawantai bagi mengelak terus berlaku kemalangan yang boleh meragut nyawa pengguna jalan raya.
Beliau berkata, dalam tempoh 2 minggu, dua kejadian kemalangan dilaporkan berlaku di lokasi itu dan yang terbaru ialah kemalangan yang berlaku pada hari ini,melibatkan kenderaan Polis dan awam.
“Saya telah banyak kali kemukakan isu ini sama ada kepada JKR atau dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri  (DUN) Sabah, malangnya belum ada tindakan susulan daripada pihak JKR.
“Saya juga pernah memohon agar menggunakan peruntukan ADUN saya untuk membina bulatan sementara (temporary roundabout),  tetapi pihak JKR Kudat tidak setuju. Saya akur sebab iannya melibatkan perundangan dan lain-lain”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jalan Kg Sampir-Teringai Laut lama tidak diselanggar

Jelani berkata, beliau juga membawa kes ini dalam sidang DUN Sabah pada 11 April 2017 dan mendapat jawapan dari pihak Menteri Pembangunan Infrastruktur bahawa iannya akan dilaksanakan tahun ini di bawah Program Pengurusan Trafik.
“Sudah 5 bulan berlalu, sehingga hari ini masih belum ada tanda-tanda pembinaan bulatan Pinawantai akan dilakukan oleh pihak JKR”, tegasnya.
Beliau juga kesal dengan kegagalan JKR Kota Marudu menyelenggara (maintain) jalan ke Kampung Teringai Laut sehingga menyebabkan keadaan jalan itu amat sukar dilalui oleh kenderaan.
“Sudah dua orang Menteri yang datang dan membuat pengumuman pengaspalan penuh jalan sejauh 16 km ini tetapi hanya kurang dari 4km yang telah diaspal,  keadaanya pun berlubang sana-sini. Mana sudah janji Ahli Parlimen Kota Marudu ?”, soalnya.
Beliau juga menggesa syarikat Pembinaan Kekal Mewah Sdn. Bhd (PKM) dan Globinaco Sdn.Bhd yang kedua-duanya mendapat konsesi penyelenggaraan sebahagian jalan-jalan di kawasan Matunggong agar jalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan.
Jelani mengambil contoh, Jalan Kampung Tuboh – Kg Nangka amat jarang diselenggara oleh syarikat konsesi (Globinaco).

Jambatan Kg Nangaran-Milau yang rosak teruk.

“Bagi pihak penduduk kampung, saya mengucapkan terima kasih kepada PKM kerana sudah agak kerap menyelenggara jambatan-jambatan kayu di bawah seliaan PKM.
“Bagaimanapun ianya masih belum mencukupi”, tegasnya.
Menurutnya, antara jalan-jalan JKR yang kurang dipedulikan oleh JKR Kota Marudu dan PKM ialah Jalan ke Kg Teringai Laut, Jalan Kg Mangin
dan Jalan Kg Bintasan Darat
Sementara jalan-jalan yang kurang dipedulikan oleh pihak JKR Kudat ialah Jalan Kg Radtak – Kg Lotong, Jalan Kg Lotong – Lokoton, Jalan Kg Bodu , jalan kg Bonduk – Kg Pituru, Jalan Kg Garau – Penempatan Milau , Jalan Kg Lajong , Jalan Kg Tinangol – Indarason laut , Jalan Kg Garib – Kg Sebayan, jalan Kg Kirangavan , jalan kg Pinawantai – Kg Kabangaan  dan Jalan Kg Inukiran/Sinusukan.-pr/BNN