Yahya rasmi penutupan BOT

0
45
Yahya menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil pengusaha BOT, Encik Kenny Wong di majlis itu.
Yahya (bersongkok) merasmikan penutupan Karnival BOT sambil diperhatikan jemputan lain.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan penutupan Karnival Business On Truck (BOT) Peringkat Negeri di Dewan Sri Putatan, Putatan, hari ini.

Program itu dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah bertujuan memberi pendedahan kepada golongan belia tentang konsep perniagaan baru dan menggalakkan belia untuk menceburi bidang perniagaan.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia JBS Negara, Dr Mohd.Ghani Mohd.Yusof, Penolong Pegawai Daerah Putatan, Encik Hassan Mahali, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan, Encik Ag.Saifudin Haji Jumaat.-pr/BNN

Yahya menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil pengusaha BOT, Encik Kenny Wong di majlis itu.