YUYA tembusi pasaran Hong Kong

0
Bung Moktar (3 dari kanan) beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
Bung Moktar (6 dari kiri) dan Ismail bersama wakil beberapa syarikat Hong Kong sempena Program
Promosi Produk YUYA di Hong Kong, semalam.

KOWLOON, HONG KONG: Pengerusi FELCRA Berhad, Dato’ Sri Bung Moktar Radin, optimis produk sardin dan tuna berjenama YUYA bakal mendapat permintaan tinggi di Hong Kong berikutan komitmen beberapa syarikat utama yang berminat memasarkan produk berkenaan.

Katanya, Program Promosi Produk YUYA Hong Kong menjadi platform penting memperkenalkan produk keluaran anak syarikat FELCRA Berhad iaitu FELCRA Livestok & Agri Product Sdn Bhd (FLAP) dengan kerjasama beberapa rakan perniagaan strategik dari Filipina dan Indonesia.

“Mereka (wakil syarikat ) di Hong Kong melihat YUYA sebagai produk makanan berkualiti serta mampu memberi pilihan kepada pengguna, selain harganya yang cukup kompetatif,” ujarnya selepas Program Promosi Produk YUYA Hong Kong di sebuah hotel terkemuka di Kowloon, semalam.

Katanya, program berkenaan dihadiri seramai 80 tetamu mewakili beberapa syarikat terkemuka di Hong Kong seperti Biworld International Holding Ltd.; Wah Shun Trading Co,; Easy Done Marketing Co. Ltd,; Fuk Ming Foods Co. Ltd; Ka Yuen Food Co. Ltd.; serta Fruitful Food & Beverage Company.

Bung Moktar (3 dari kanan) beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Bung Moktar memberitahu, produk berjenama YUYA telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun lepas dan merancang menembusi pasaran antarabangsa termasuk Hong Kong; China; Jepun dan Timur Tengah.

“Pensijilan HALAL yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ternyata cukup menyakinkan beberapa syarikat antarabangsa termasuk di Hong Kong kerana ia memberikan pilihan terbaik kepada pengguna membeli produk berkualiti dan bersih berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh JAKIM,” jelas beliau.

Kini pelbagai produk berjenama YUYA mampu bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa seperti Tuna Sambal Pedas (Spicy Chili); Tuna Rendang (Spicy Coconut Gravy); Tuna Sos Bawang Berempah (Spicy Onion Sauce); Sotong Goreng Bercili (Squid Fried Chili); Perencah Tuna (Tuna Seasoning); serta Perencah Ikan Masin (Salt Fish Seasoning), selain Sardines (in Tomato Sauce) dan Sardines (In Tomato Sauce With Chili Added).

“Untuk pasaran antarabangsa kami telah melantik FELCRA International Venture (FIV) mengendalikan urusan promosi serta pembekalan stok kepada rakan-rakan perniagaan, khususnya di Hong Kong,” ujar Bung Moktar.

Sempena program promosi berkenaan , satu demontrasi masakan berasaskan produk jenama YUYA turut diadakan, sekali gus menyakinkan tetamu terhadap produk tersebut.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi FELCRA Berhad, Dato’ Ismail Kasim; Pengurus Besar Kumpulan Kejuruteraan dan Teknikal FELCRA Berhad, Haridan Saad; Pengarah Urusan FELCRA International

Venture, Raja Badli Raja Abdullah serta Presiden Dewan Perniagaan Malaysia- China (Cawangan Sabah), Datuk Frankie C.T. Liew.-pr/BNN