TIMBALAN Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (bersongkok) telah menghadiri Majlis Makan Tengah Hari Aprisiasi sempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNS) Peringkat Negeri 2017 di grand ballroom Palace Hotel, Kota Kinabalu, hari ini.
Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri (MAFI), Datuk Haji Musbah Jamli, Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Ahmad Awang Hashim, ketua-ketua jabatan dan agensi dibawah MAFI, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.-pr/BNN