Yahya rasmi dewan SK Kem Lok Kawi

0
31
Yahya menyampaikan sijil kepada pelajar pra sekolah SK Lok Kawi.

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan dewan terbuka, Majlis Graduasi Tahun 6 dan Pra Sekolah, Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Lok Kawi 2017 di sini

Yahya menyampaikan sijil kepada pelajar SK Kem Lok Kawi

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata, penguasaan ilmu kemahiran dalam pelbagai bidang kerjaya perlu diterapkan dalam diri anak-anak bermula di peringkat awal sekolah lagi.

“Ini bagi membolehkan sekolah mengasah bakat dan kebolehan mereka dalam sesuatu bidang yang menyumbang kepada sumber tenaga mahir negara khsususnya di Sabah”, katanya.

Yahya menyampaikan sijil kepada pelajar pra sekolah SK Lok Kawi.

“Penumpuan itu sejajar dengan usaha kerajaan membangunkan modal insan berkualiti dan minda kelas pertama”, katanya.

Beliau berkata, usaha memperkasa institusi sekolah menerusi pelbagai pembaharuan institusi sekolah bermatlamat melahirkan lebih ramai murid berkualiti dan cemerlang.

Sehubungan itu katanya, kerajaan akan sentiasa memperbaiki kemudahan sokongan pendidikan sekolah-sekolah di negeri ini   bagi memastikan anak-anak di luar bandar dan bandar dapat kemudahan yang sama dan selesa.

Seramai 216 murid darjah 6 dan pra sekolah SK Kem Lok Kawi  menerima sijil graduasi masing-masing pada majlis tersebut.

Turut hadir di majlis itu ialah Guru Besar sekolah, Wan Rosdy Wan Abdullah, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Penampang, Cik Roslin Sakai, Pegawai Staf Stesen, Markas Staf Stesen Kem Lok Kawi, Mejar Mohd.Samsul Abdul Aziz dan wakil PIBG SK Kem Lok Kawi, Mejar Nik Abdul Aziz Nik Mat.-pr/BNN