ADUN Sindumin sampaikan bantuan Natal

0
145
Ahmad Bujang menyampaikan Bantuan Musim Tengkujuh kepada penerima di Kg.Long Pasia.
Ahmad Bujang menyerahkan sumbangan kepada wakil gereja di Kg.Long Mio.
SIPITANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Haji Ahmad Haji Bujang meneruskan tradisinya melawat kampung-kampung untuk menyampaikan bantuan Krismas (Natal) kepada gereja dan kampung di kawasan DUN yang diwakilinya.
Menyerahan peralatan sukan kepada wakil penduduk Kg.Long Pasia.
Beliau yang diiringi oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Sindumin, Haji Abd.Rahman Mohd.Noh dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan pemimpin masyarakat setempat.
Selain bantuan Krismas kepada 45 gereja dan kampung, Ahmad Bujang turut menyampaikan sumbangan peralatan sukan seperti bola sepak, bola tampar dan sepak takraw serta Bantuan Musim Tengkujuh kepada peserta penanaman getah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).
Ahmad Bujang menyampaikan Bantuan Musim Tengkujuh kepada penerima di Kg.Long Pasia.
Setakat ini seramai 27 peserta menerima Bantuan Musim Tengkujuh di Kampung Long Pasia.-pr/BNN
Ahmad Bujang dan rombongan bersama masyarakat Kristian semasa menyampaikan sumbangan kepada gereja.