Yahya lawat klinik kesihatan Putatan

0
165
Yahya (bersongkok) diberi taklimat semasa meninjau kawasan farmasi Klinik Kesihatan Putatan
Yahya (bersongkok) ketika meninjau siling Klinik Kesihatan Putatan yang sudah siap dibaiki.-Pix LSK

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin hari ini telah melawat Klinik Kesihatan Putatan bagi meninjau siling bahagian farmasi yang telah siap dibaiki setelah beberapa bahagiannya runtuh baru-baru ini.

 Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Ir. Haji Amrullah Kamal, Penolong Pegawai Daerah Putatan, Encik Hassan Mahali, pegawai kanan Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat.

 Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas meminta jabatan dan agensi berkaitan agar kerap melakukan pemeriksaan terhadap bangunan-bangunan kerajaan termasuk klinik, hospital, sekolah dan lain-lain bagi memastikan ianya selamat digunakan oleh pengguna.

Yahya (bersongkok) diberi taklimat semasa meninjau kawasan farmasi Klinik Kesihatan Putatan-Pix LSK

 “Runtuhan baru-baru ini yang melibatkan kira-kira 16 keping siling telah segera dibaiki oleh jabatan berkaitan demi kemudahan dan keselesaan pengguna khususnya pesakit yang berurusan di Klinik Kesihatan Putatan”, katanya.-pr/BNN