Inspira TN50: ketengah calon muda dalam PRU14

0
919
Yamani Hafez (empat dari kanan) bersama pemimpin pemuda dan golongan muda yang menghadiri Program TN50 Pedalaman.
Yamani Hafez (empat dari kanan) bersama pemimpin pemuda dan golongan muda yang menghadiri Program TN50 Pedalaman.-pix LSK

KENINGAU: Calon-calon muda perlu diketengahkan pada pilihannya umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN)  Haji Yamani Hafez Musa berkata, ini selaras dengan usaha menggerakkan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Hafez yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah berkata, hasrat orang muda yang mahu wakil orang muda dalam kerajaan perlu diambil perhatian.

“Untuk melaksanaka TN50 perlu ada pemimpin muda perlu diketengahkan” katanya kepada media selepas Program TN50 Pedalaman di Dewan Masyarakat di sini kelmarin.

Beliau berkata, parti perlu menintikberatkan perubahan kepimpinan agar ada keseimangan apabila menghadapi pihak lawan pada PRU 14 akan datang.

Menurut  Hafez,  pihak pemimpin muda pembangkang juga memikirkan dan menyuarakan perkara yang sama.

Katanya, jika melihat kepada bayangan pakatan pembangkang yang akan meletakkan Perdana Menteri yang berumur lebih 90 tahun jika menang, ruang ini perlu ambil perhatian oleh pucuk pimpinan BN pada PRU14 nanti untuk mengetengahkan calon-calon muda.

“Aspirasi orang muda pada hari ini mahu melihat perubahan dan mahu supaya orang-orang muda diberi peluang memimpin mereka” jelasnya.

Mengenai hasrat orang muda yang mahu beliau dicalonkan pada PRU14 akan datang, Hafez berkata, itu adalah suara dan hasrat akar umbi.

“Siapa-siapapun boleh menyuarakan hasrat dan mencadangkan calon pilihan tetapi akhirnya keputusan adalah ditangan pucuk pimpinan iaitu Perdana Menteri” katanya.

Dalam masa yang sama Hafez berpuas hati dengan penganjurannya di kawasan Pedalaman kerana mencatat kehadiran melebihi 3,000 belia dari penusuk Pedalaman.

Menurut beliau, inilah kehadiran yang paling ramai berbanding program sama yang dianjurkan di daerah-daerah lain sebelum ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Annuar Datuk Ayub,  Ketua Pergerakan Umno Keningau  Nik Nadzri Nik Zawawi selaku pengerusi penganjur, Duta TN50 Arthur Tan Sri Joseph Kurup, Ketua Pergerakan  Pemuda  Umno Pensiangan Jehan Osman dan Ketua Pemuda PBS Liawan Agustine Nain.-pr/BNN