KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (duduk, tengah) bergambar bersama para pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Parlimen Putatan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jentera Pilihanraya BN Putatan di Dewan Sri Putatan, Putatan.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr.Marcus Mojigoh yang juga Timbalan Ketua BN Kawasan Putatan. Ketua Wanita,Puan Juriah Palasin Ketua Pemuda, Ir.Shahelmey Yahya, Setiausaha, Encik Ishar Ramli , Bendahari, Datuk Haji Ibrahim OKK Laiman Diki , Ketua Penerangan, Haji Othman Hamid dan ketua-ketua bahagian parti-parti komponen BN.
Sementara itu, Yahya turut mempengerusikan Mesyuarat Jentera PRU UMNO Bahagian Putatan.-pr/BNN