Yahya sampaikan APC MAFI

0
80
Yahya menyampaikan APC kepada Jamaliah Matzin di majlis itu.-Pix LSK
Yahya menyampaikan APC kepada Lucy O.Martin sambil diperhatikan oleh Ahmad (dua dari kiri) dan pegawai kanan kementerian.-Pix LSK

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (bersongkok) telah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada pegawau dan kakitangan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah (MAFI) sempena sempana Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu bagi penilaian prestasi tahun 2017 di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Penerima APC terdiri daripada Lucy O. Martin, Rosmini Basirin dan Jamaliah Matzin. 3 orang dipilih menerima  Anugerah Setiausaha Tetap (SUT) terdiri daripada Leva Chung Ah Sun, Aisah Haji Ismail@Mail dan Yusrinsyam Yusop. Sementara 25 orang lagi menerima sijil penghargaan.

Yahya menyampaikan APC kepada Jamaliah Matzin di majlis itu.-Pix LSK

Turut hadir ialah SUT MAFI, Datuk Ahmad Awang Hashim.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri dalam ucapannya menghargai jasa dan sumbangan yang diberikan oleh kakitangan MAFI dan mahu komitmen dan prestasi mereka terus ditingkatkan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.