Majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat

0
544
ANGKAT SUMPAH...Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Seri Dr.Jeffrey Kitingan mengangkat sumpah sebagai anngota Dewan Rakyat di Persidangan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini. Jeffrey merupakan Ahli Parlimen (MP) Keningau.Turut kelihatan ialah MP Libaran, Datuk Zakaria Mohd.Edris (belakang Jeffrey) yang menunggu giliran untuk mengangkat sumpah. Istiadat pembukaan persidangan akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 17 Julai ini.
SIDANG PARLIMEN…Ahli Parlimen (MP) Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman (dua dari kiri) dan MP Libaran, Datuk Zakaria Mohd.Edris berbual bersama mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak (kiri) semasa menghadiri Persidangan mesyuarat pertama penggal pertama, majlis Parlimen ke 14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur ,hari ini. Urusan pertama mesyuarat pada hari ini ialah pelantikan speaker Dewan Rakyat, diikuti majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat dan pelantikan timbalan yang dipertua Dewan Rakyat.