Irene gimpuhut MGM Beluran

0
65
Aspal (dua dari kiri) merasmikan sambutan Pesta Magahau 2018 Zon Beluran.

BELURAN : Cik H.Irene Hilary muncul sebagai Gimpuhut (Johan) Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM)  Pesta Magahau Zon Beluran 2018 yang diadakan di Kampung Tangkarason, baru-baru ini.

Irene (tengah) bersama Vanessa (kanan) dan Jeanie Tai (kiri).

Cik Vanessa Kimberly dan Cik Jeanie Tai Set Fhun masing-masing muncul sebagai Naib Johan dan tempat ketiga.

Mereka akan mewakili Zon Beluran   ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 31 Julai 2018.

Sementara itu, Cik Vanessa Kimberly  dinobatkan sebagai  Miss Popular Zon Beluran selepas mendapat undian terbanyak dari pengunjung.

Bagi pertandingan Mitarab Mindolongoi (Monurizak) Encik Alfred Onggudak muncul sebagai Johan. Manakala Encik Ronaldo dan Reamy Santiago masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Johan, naib johan dan tempat ke 3 pertandingan ini juga akan akan mewakili Zon Beluran ke Pertandingan / Mitarab Mindolongoi Peringkat Negeri.

Ketua Bahagian Warisan P.183 Beluran, Encik Aspah Abdullah Sani  telah merasmikan sambutan tersebut.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan, Encik Joe Joloning Majambu.-Oleh L.S.Kuang/BNN