Crystaline johan MGM

0
99
Johan MGM- Crystaline Jasius (tengah) bersama Clearviana Frankie Yong (kiri) dan Natalie Michael Bouniu.
MATUNGGONG: Cik Crystaline Jaisus dari zon Matunggong dimahkotakan sebagai johan Mitarab Gimpuhut Momogun Rungus (MGM) Pesta Magahau 2018 yang berlangsung di rumah panjang  Puruvan Square di sini, baru-baru ini.
Beliau menerima hadiah bernilai kira-kira RM10 ribu  , tiket pergi dan balik ke London , hamper dari Kak Fai Legasi bernilai Rm400, tiara dan sijil.
Naib johan dimenangi oleh Clearviana Frankie Yong juga dari Zon Matunggong yang menerima hadiah wang tunai RM3,000,sijil dan hamper.
Jelani menyampaikan cenderamata kepada Jaujan di majlis itu
Natalie Michael Bouniu dari Zon Pitas menang tempat ketiga. Beliau menerima hadiah berupa wang tunai RM2,000 , sijil dan hamper.
Tempat keempat dimenangi oleh Cik H.Irene Hillary dari Zon Beluran yang menerima hadiah berupa wang tunai Rm1,000, sijil dan hamper.
Tempat kelima dimenangi oleh Clealissa Johanis dari Zon Kota Marudu . Tempat keenam disandang oleh Evelyn Vincent  dari Zon Pitas .
Sementara Rayvienia Jane R.Alfred-Atajau dari Zon Kota Kinabalu di tempat ketujuh. Mereka masing-masing menerima hadiah sagu hati, sijil dan  hamper
Sebahagian orang ramai yang menghadiri majlis itu.
Bagi anugerah khas berupa gelaran subsidiari daripada JawatanKuasa MGM Peringkat Negeri 2018, Gimpuhut Vasi Momilang (Miss Natural Beauty) diberikan kepada Cik H. Irene Hilary.
Gimpuhut Vasi Tiningkokoton (Miss body beautiful) dianugerahkan kepada  Clealissa Johanis. Gimpuhut Otumi (Best dressed) diberikan kepada Vivienne Lasrin. Gimpuhut Tosuau (Miss Friendship) (Evelyn Vincent).
Gimpuhut Kaangakkan (Miss Popular -pilihan pengunjung ) dimenangi oleh Natalie Micheal Bouniu.  Gimpuhut Miss popular Facebook (undian melalui  FB ) dimenangi oleh Jeanie Tai Set Fhun.
Seramai 21 peserta mewakili 7 zon Sabah dan Semenanjung Malaysia menyertai MGM Pesta Magahau 2018.
Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah, Dato’ Dr Jaujan Sambakong telah mewakili Ketua Menteri, Dato’ Seri  Mohamad Shafie Haji Afdal merasmikan kemuncak pesta itu yang dihadiri oleh kira-kira 5000 ribu orang termasuk pelancong asing.
Turut hadir ialah Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan yang juga Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA), wakil Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong, Encik Joumat , Timbalan Presiden SAMORA, Encik Jose Modsinupu , Mantan-mantan Adun Matunggong, OCPD Kudat Tuan Douglas Taong  , Presiden-presiden persatuan , wakil-wakil persatuan dan Duta – Duta SAMORA dan lain-lain.
Pesta Magahau 2018 dianjurkan oleh SAMORA dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Jabatan Ketua Menteri dan Lembaga Pelancongan. -Oleh L.S Kuang/BNN