Majlis bacaan doa akhir dan awal tahun hijrah

0
32

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Encik Matbali Haji Musah telah memenuhi undangan kenduri bacaan doa akhir tahuH dan awal tahun Hijrah di Masjid Kampung Bangkalalak, Beaufort, baru-baru ini.

Hadir sama di majlis itu ialah Imam Rambang Haji Mohammad (Imam Kariah), Pengerusi Masjid Kg, Bangkalalak, Haji Yusof Judin, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sipitang, Fauzi Haji Salleh dan para jemaah masjid.

Kelihatan dalam gambar, Matbali (empat dari kanan) yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sipitang  menyampaikan sumbangan kepada masjid itu.-Oleh LSK/BNN