Baik pulih projek PPR Batu Sapi-Hazulizah

0
705
Sumbangan.....Hazulizah menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang mengalami kerosakan di PPR Batu Sapi, Sandakan.

KOTA KINABALU: Majlis Perbandaran Sandakan dan Pihak Berkuasa Tempatan diminta untuk membaik pulih tujuh (7) buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi berdepan dengan masalah penyelengaraan.

Ketua Puteri UMNO Batu Sapi, Hazulizah Mohd Dani berkata dalam tujuh buah yang rosak itu tiga antaranya mengalami kerosakan teruk atap tercabut akibat bencana hujan lebat yang berlaku pada bulan Ogos lalu (13.8.2018).

Beliau berkata keluarga daripada tiga buah rumah tidak dapat mendiami rumah tersebut dan terpaksa menyewa di kedai PPR Batu Sapi dan membayar sewa selama dua bulan.

 “Mereka mempunyai anak kecil dan atas faktor keselamatan terpaksa menyewa di luar kerana rumah itu tidak selamat untuk di diami. Saya minta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menangani masalah ini. Saya menyeru PBT dan MPS supaya mempercepat pembaikan tersebut,” jelas beliau.

Hazulizah turut menyuarakan kekecewaan terhadap kelemahan PBT yang menjadi punca kemerosotan kualiti penyelenggaran bangunan PPR Batu Sapi.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan sumbangan bagi meringan bebanan kepada keluarga mangsa yang terkena bencana tersebut di Sandakan semalam.

Ini merupakan Program Ziarah kedua Pergerakan Puteri UMNO Batu Sapi di tempat tersebut.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO bahagian Batu Sapi, Zantapah Zainal Abidin serta penghuni rumah yang mengalami kerosakan.-pr/BNN