Takziah KM buat keluarga Tan Sri Suffian Koroh

0
35
Tan Sri Suffian Koroh
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Suffian Koroh yang meninggal dunia pada pukul 9.20 malam, hari Ahad lalu.
Bekas timbalan ketua menteri Sabah ketika pemerintahan Berjaya pada tahun 1970an, Suffian, 88, telah menjalani rawatan di Hospital KPJ di sini sejak 21 Oktober.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie berkata Allahyarham seorang tokoh politik yang cukup dikenali bukan hanya di peringkat negeri tetapi di seluruh Malaysia.
“Saya yakin sumbangan beliau dalam menjayakan pembangunan di peringkat negeri Sabah masa Berjaya telah banyak memberi manfaat kepada rakyat negeri ini.
“Sesungguhnya kita kehilangan seorang ahli politik dan seorang tokoh yang banyak memberi khidmat bakti kepada rakyat Sabah dan negeri Sabah,” kata Mohd Shafie ketika ditemui pemberita di pejabatnya hari ini.”-pr/BNN