Pemuda UMNO Sabah sokong pendapat Syed Saddiq

0
Naim Moktar

KOTA KINABALU: Biarpun berbeda parti politik, apa jua yang dizahirkan demi kebaikkan mutlak perlulah disokong tanpa iringan prejudis yang membuta.

Dalam satu kenyataan akhbar Naim Moktar Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah berkata itu harus disemai dalam segenap jiwa pejuang-pejuang muda seperti mereka.

Tatkala laut bergelora, usah dibiar emosi melalak, katanya.

Dia mengucapkan syabas kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas kelantangan beliau  mengeji suara-suara yang secara terbuka mendesak projek gemerlapan buat ‘perwira-perwira bangsa’ PPBM.

Ekspresi Syed Saddiq dalam menentang anasir-anasir rakus yang menggilakan habuan politik adalah rasional, tambahnya.

“Sudah tiba masanya kegilaan politik berkiblatkan habuan duniawi diranapkan sepenuhnya,”tegasnya.

Tiada gunanya melaungkan ‘Malaysia Baharu!’ jikalau isinya masih pahit.

“Biarpun berlayar dengan bahtera yang berbeda, saya bersama barisan Pemuda UMNO Sabah sebulat suara menyokong penentangan Syed Saddiq terhadap pembiakkan najis kleptokrat yang bukan sahaja memalapkan integriti kepimpinan nasional malah melayukan kepercayaan rakyat pada pimpinan yang didokong,” katanya.-pr/BNN