Liang hadir majlis makan malam Tahun Baru Cina MCCC

0
245
Liang ( tujuh dari kanan) bersama Frankie (enam dari kanan) dan penasihat kehormat MCCC Sabah menggaul "Yee Sang"di majlis itu.-Gambar Liaw Sin Kuang

PENAMPANG: Konsulat General Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Encik Liang Caide telah menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina Dewan Perdagangan Malaysia-China (Malaysia-China Chamber of Commerce) (MCCC) Cawangan Sabah yang diadakan di sini, semalam.

Liang (tiga dari kiri) menerima cenderamata daripada Frankie di majlis itu.-Gambar Liaw Sin Kuang

Turut hadir ialah Presiden MCCC Cawangan Sabah, Datuk Frankie Liew, penasihat-penasihat kehormat dan ahli-ahli dewan perdagangan itu.

Liang dalam ucapannya berkata, pelabur dari negara China memilih Malaysia sebagai tumpuan pelaburan mereka  dalam pelbagai sektor ekonomi terutama sektor pembuatan.

Kehadiran pelaburan China menanam modal di Malaysia termasuk Sabah telah merancakkan pertumbuhan ekonomi disamping menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Di Sabah katanya, jumlah pelancong China yang  melawat negeri dibawah bayu itu meningkat setiap tahun.

Menurutnya, Sabah merupakan salah satu daripada negeri tumpuan pelancong China.

“Penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke China telah membantu meningkatkan pertumbuhan sektor pelancongan.

“Bilangan pelancong ke Sabah terus meningkat setiap tahun dan ini telah berjaya merangsang pertumbuhan sektor pelancongan di negeri ini”, katanya.

Beliau berkata, pertumbuhan Industri pelancongan turut membantu merangsang pertumbuhan sektor lain yang berkaitan seperti hotel, pengangkutan, perkhidmatan dan lain-lain.

Liang berharap MCCC Cawangan Sabah akan memainkan peranan sebagai jambatan bagi membantu meningkatkan penyertaan pelabur-pelabur China dalam pelbagai sektor ekonomi di Sabah.

Sementara itu, Frankie Liew dalam ucapannya menegaskan tahun 2019 menyaksika ekonomi global tambah mencabar dan sukar diramal.

Katanya, perkembangan pelbagai teknologi memberi impak besar kepada industri tradisional, ditambah dengan perang dagang diantara Amerika-China akan menjadikan perdagangan lebih mencabar.

Mengenai majlis itu, Frankie berkata ia  bertujuan meningkatkan interaksi dan persefahaman dikalangan ahli-ahli dewan perdagangan.-Oleh LSK/BNN