LAPORAN POLIS…Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rompin, Pahang hari ini (4 Februari 2019) membuat laporan polis berhubung sebuah artikel/gambar dalam Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah oleh seorang yang bernama Desmond Yongkor.
Laporan polis itu dibuat oleh Pengerusi PPK Rompin, Datuk Md Rusli Ismail ( bersongkok, tengah) mewakili ahli-ahli peladanh di balai polis Kuala Rompin, Datuk.
Dalam laporan itu Md Rusli mendakwa artikal dan gambar yang dimuatkan itu menghina perlantikan Yang di-Pertuan Agong dan agama Islam.
Katanya, perkataan sebegini tidak sepatutnya dikeluarkan kepada Raja-Raja kami dan pemimpin negara terutama Ketua Negara.
“Sehubungan itu kami menuntut pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun dan sesiap sahaja yang menghina Yang di-Pertuan Agong sempena perlantikan dan pertabalannya.
“PPK Rompin mau pemilik akaun facebook itu diambil tindakan yang sewajarnya.
“Kami juga mendesak agar Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana Individu yang berbuat demikian mengikut undang-undang yang telah ditetapkan”, katanya.-pr/BNN