Koleksi Hari Raya dari Damalee Signatures

0
314
Dr. Nadiah (tengah) bersama sebahagian koleksi Hari Raya 2019 Damalee.

 


KOTA KINABALU: Damalee Signatures merupakan butik jenama tempatan dari Sabah yang telah berjaya melebarkan perniagaan rekaan busana ke negara Brunei Darussalam dan Singapura selain Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Nadiah Mohd. Nazri berkata, Damalee Signatures yang kini telah berusia 5 tahun merupakan hub fesyen multilabel bagi memenuhi permintaan dalam dan luar negara.

Penyanyi evergreen Datuk Nassier Wahab (kiri) menghiburkan para tetamu yang menghadiri pertunjukkan fesyen koleksi raya 2019 Damalee

Katanya, bagi menghargai sokongan berterusan daripada para pelanggan, Damalee telah menghasilkan koleksi khas Hari Raya 2019 yang bertemakan “Meriah Bah Raya Kau”.

Antara koleksi khas Hari Raya 2019 untuk wanita ialah Raven Kurung, Weslie Kurung, Derra Kurung, Lauren Kurang, Sahara Abaya, Wardani Abaya, Myla Kurung, Ollie Kurung, Azahara Abaya, Mawar, Yasmina dan Puspa Abaya, Adelfa Kurung, Neelliya, Rivera dan Fellea Kurung.

Sementara bagi koleksi lelaki terdiri daripada baju kaisan kurta, kacak baju melayu, melayu Johor, Jubah Tal’at, Tamam Kurta dan tampan baju melayu.

Damalee menawarkan harga istimewa bagi pelanggan yang membuat pre-orders.

Perniagaan Damalee termasuklah Damalee Studio’s, Damalee Fitness, Damlee Wedding dan Damalee Hideout di Putatan.-pr/BNN