Sabah menerima peruntukkan tertinggi until pembangunan luar bandar

0
109
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun menyampaikan cenderahati anyaman tikar selisir suku kaum Bajau kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, Datuk Seri Rina Haron yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Malaysia semasa jamuan tenghari bersama penaja Srikandi Bersatu Sabah 25 bahagian seluruh Sabah di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyediakan peruntukan berjumlah RM1.13 bilion tahun ini bagi menyediakan kemudahan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik, air bersih dan sistem jalan raya di kawasan luar bandar di Sabah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Haron berkata negeri Sabah antara negeri tertinggi menerima peruntukan daripada KPLB pada tahun ini khusus untuk penduduk kawasan luar bandar.

Beliau berkata KPLB juga merancang mengadakan Karnival Usahawan Desa (KUD) peringkat Zon Borneo pada Ogos hadapan sebagai salah satu platform usahawan terutamanya usahawan luar bandar memasarkan produk mereka.

“Karnival ini nanti dilihat mampu membantu usahawan desa untuk mencari peluang meningkatkan produktiviti pengeluaran dan pasaran baharu selain menggalakkan pemasaran atas talian dan meminta Srikandi Bersatu Sabah merebut peluang yang disediaka oleh pihak kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Tengahrai bersama Srikandi Sabah di D’Place Kinabalu semalam.

Hadir sama Ketua Penyelaras Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun yang juga Ahli Parlimen Beaufort, Timbalan Ketua Srikandi Malaysia, Shamsilah Siru, Penolong Setiuasaha Serikandi Malaysia, Saadiah Ismail, Timbalan Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Amisah Yassin, Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Redonag Bahanda, Ketua-Ketua Srikandi bahagian Sabah serta timbalan masing-masing.

Tambah beliau KPLB juga menyediakan sebanyak 44 program ameniti sosial juga akan dilaksanakan termasuk menaiktaraf serta membaik pulih masjid dan surau, dewan serbaguna, jambatan dan sistem perparitan di kawasan luar bandar Sabah melibatkan peruntukan RM6.47 juta.

Kesemua projek pembangunan infrastruktur luar bandar di Sabah itu akan dilaksanakan dan disiapkan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada penduduk di kawasan tersebut sekali gus memastikan keselesaan dan kesejahteraan mereka, katanya.

“Kementeriannya juga telah mengenalpasti sebanyak 50 projek jalan perhubungan desa untuk dilaksanakan di negeri itu pada peringkat pertama tahun ini melibatkan peruntukan RM10 juta.

“Projek jalan perhubungan desa itu telah diluluskan dan dalam proses sebut harga. Pembinaan projek itu dijangka siap pada Jun 2019. Kementerian juga sedang mengenalpasti senarai jalan perhubungan desa yang akan dilaksanakan bagi peringkat kedua kelak mengikut keutamaan keperluan,

Menurut Rina yang juga Ketua Srikandi Bersatu Malaysia memberitahu menerusi menerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Sabah memperuntukkan sebanyak RM22.04 juta dana bermanfaat usahawan di negeri ini.

“Pemberian peruntukkan berkenaan adalah mengikut kluster perniagaan termasuklah perniagaan berkaitan gaya hidup, kesihatan, pembinaan, makanan dan teknologi. program yang dirancang memfokuskan kepada peningkatan serta memperkasakan usahawan sedia ada agar lebih berdaya saing dan mampu melonjakkan ekonomi diri mahupun negeri,” katanya.

“KPLB juga telah menetapkan dasar pelantikan pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) jawatankuasa tersebut mestilah adalah 30 peratus wanita kerana untuk memperkasakan wanita.

“Dibawah kementerian ini satu pelan tindakan iaitu Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar 2018-2023 dirangka, menggariskan enam teras mencakupi prasarana, ekonomi, keusahawanan, modal insan, wanita dan sistem penyampaian,”katanya.

Jelasnya pelan itu akan menjadi sebahagian daripada pelan strategik dan hala tuju KPLB serta jabatan dan agensi di bawahnya untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sabtu lalu Parti Pribumi Malaysia Sabah telah dilancar oleh Pengerusi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri Malaysia di International Technology & Commercial Centre (ITCC) .

Dalam majlis menyaksikan enam wakil rakyat bebas yang dahulunya ahli Umno dan seorang bekas ahli Upko menerima kad keahlian daripada Tun Mahathir.

Mereka terdiri daripada Adun Membakut Datuk Ariffin Arif, Datuk Ghulam Khan Haidar Bahadar (Kawang), Datuk Japlin Akim (Usukan), Datuk Isnin Aliasneh (Klias), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas) dan Matbali Musa (Lumadan) dan Datuk Bobbey Suan (Nabawan).

Bulan lalu Hajiji sendiri bersama Adun Karanaan Datuk Masidi Manjun, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Dun, Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri, Ahli Parlimen Libaran Datuk Zakaria Edris dan dua orang Senator Datuk John Ambrose serta Datuk Abdul Ghani Yassin mendapat kad keahlian mereka di Putrajaya.-pr/BNN