Kenyataan Media Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak

0
Dato’ Nadzri bin Ismail
Pertubuhan Peladang merupakan satu pertubuhan yang diasaskan bagi membantu golongan petani, penternak dan nelayan tanpa mengira kaum dan warna kulit. Semenjak kewujudan Pertubuhan Peladang pada tahun 1973, pergerakan ini diwakili oleh pemimpin- pemimpin peladang yang dipilih bermula diperingkat kampung-kampung, yakni unit-unit peladang sehingga Iah yang paling atas iaitu NAFAS. Sistem pemilihan di Penubuhan Peladang berasakan sistem demokrasi yang telah termaktub di dalam Akta Penubuhan Peladang 109, Perlembagaan Pertubuhan Peladang 1983 dan Arahan-arahan Pendaftar yang dikeluarkan dari masa kesemasa.
Menjunjung prinsip keadilan dan amalan demokrasi yang menjadi teras kepada pantadbiran Kerajaan Malaysia Baharu hari ini. Saya selaku Pengerusi Penubuhan Peladang Negeri Perak mewakili 100,000 orang ahli peladang seluruh negeri Perak ingin menegaskan beberapa perkara yang menjadi keluhan mereka diperingkat akar umbi. Perkara perkara tersebut adalah:
1. Perlantikan Jawatankuasa Unit. Ahli Jemaah Pengarah PPK, Ahli Jemaah Pengarah PPN dan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS perlulah dipilih berdasarkan sistem pemilihan secara demokrasi yang diamalkan oleh Pertubuhan Peladang selama ini. Ini kerana pemimpin yang dipilih oleh akar umbi merupakan calon terbaik dikalangan semua ahli untuk menerajui Pertubuhan Peladang. Pertubuhan Peladang bukanlah sebuah agensi GLC yang ditubuhkan Kerajaan. Penubuhan Peladang ditubuh dan digerakkan seperti sebuah koperasi yang mana Ahli Jemaah Pengarah dipilih dari kalangan ahli ahli yang juga pemegang saham di Pertubuhan Peladang.
2. Terdapat ura-ura bahawa terdapat campur tangan politik di dalam mesyuarat pemilihan kali ini. Buktinya ialah Mesyuarat Agung Unit Peladang seluruh Malaysia ditangguhkan tanpa sebarang sebab dan kini Mesyuarat Agung PPK
pula perlu ditangguhkan sehingga Mei 2019‘
3. Ada juga desas-desus supaya diwujudkan semula lantikan YB Menteri di dalam barisan AJP PPK dan PPN seperti yang berlaku di NAFAS ketika ini.  Kami sebagai ahli peladang secara prinsipnya tiada halangan kerana itu adalah hak YB Menteri. Namun lantikan tersebut mestilah tidak melebihi barisan AJP yang dilantik oleh perwakilan. Ini sekali gus mematahkan semangat demokrasi yang  didukong oleh Kerajaan Malaysia Baharu. Contoh yang paling nyata ialah NAFAS. Apabila AJP Iantikan YB Menteri seramai 6 orang, sedangkan AJP yang dipilih oleh perwakilan hanya 5 orang sahaja. Implikasinya ialah Pengerusi NAFAS yang terlantik ketika ini bukan dari kalangan perwakilan. Ini penting kerana kami mahukan pengerusi dikalangan perwakilan supaya suara peladang seperti kami di peringkat unit diangkat ke peringkat yang tertinggi. Menurut Peraturan-Peraturan Penubuhan Peladang 1983. Peraturan 35 (3) menyatakan bahawa Iantikan YB Menteri adalah 4 orang sahaja. Pun begitu, Perlembagaan Pertubuhan Peladang yang baharu telah dikeluarkan oleh pendaftar pada Arahan Pendaftar Bil. 1/2016 telah memansuhkan AJP Iantikan YB Menteri di peringkat PPK dan PPN dengan digantikan 2 AJP daripada golongan PeladangNita serta 2 AJP daripada golongan Peladang Muda.
4. Saya sekali Iagi mewakili 100,000 orang ahIi peladang seluruh Negeri Perak berharap supaya Pertubuhan Peladang ini menjadi medan untuk memupuk perpaduan agama, bangsa serta kaum dan tiada campur tangan politik yang melampau dari mana-mana pihak sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.
Disediakan
(Dato’ Nadzri bin Ismail)
Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak
Bertarikh: 19 April 2019