Kenyataan Media Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak

0

Membantah Warta Kerajaan Persekutuan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan 2019)

MENJUNJUNG prinsip keadilan dan amalan demokrasi yang menjadi teras kepada pentadbiran kerajaan Malaysia Baharu hari ini. Saya selaku Pengerusi Penubuhan Peladang Negeri Perak mewakili 103,053 orang ahli peladang seluruh negeri Perak ingin membantah Warta Kerajaan Persekutuan, Peraturan-peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019 seperti berikut:

*Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)*

a) tujuh orang ahli yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan

b) lima orang ahli yang dilantik oleh Menteri. seorang daripadanya hendaklah merupakan Peladang Muda dan seorang daripadanya hendaklah merupakan Peladang Nita.

c) Pengerusi Jemaah pengarah dipilih melalui undi majoriti.

*Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN)*

d) empat orang ahli yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan

e) lima orang ahli yang dilantik oleh Menteri, 3 orang daripadanya hendaklah seorang wakil daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, seorang Peladang Muda dan seorang Peladang Nita.

f) Pengerusi Jemaah Pengarah bagi PP Negeri hendaklah dinamakan oleh AJP daripada kalangan mereka yang diluluskan oleh Menteri.

*Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)*

g) lima orang ahli yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan

h). enam orang ahli yang dilantik oleh Menteri. 1 orang daripadanya hendaklah merupakan wakil Kementerian Pertanian Industri Asas Tani dan 1 orang daripanya merupakan wakil daripada Kementerian Kewangan.

i) Pengerusi Jemaah Pengarah bagi PP Kebangsaan hendaklah dinamakan oleh AJP daripada kalangan mereka yang diluluskan oleh Menteri.
*Bantahan ini adalah kerana:*

1. Perlantikan Jawatankuasa Unit, Ahli Jemaah Pengarah PPK, Ahli Jemaah Pengarah PPN dan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS perlulah dipilih berdasarkan sistem pemilihan secara demokrasi yang diamalkan oleh Pertubuhan Peladang selama ini. lni kerana pemimpin yang dipilih oleh akar umbi merupakan calon terbaik dikalangan semua ahli untuk menerajui Pertubuhan Peladang. Pertubuhan Peladang bukanlah sebuah agensi GLC yang ditubuhkan Kerajaan. Pertubuhan Peladang ditubuh dan digerakkan seperti sebuah koperasi yang mana Ahli Jemaah Pengarah dipilih dari kalangan ahli-ahli yang juga pemegang saham di Pertubuhan Peladang.
2. Diwujudkan semula lantikan YB Menteri secara melampau di dalam barisan AJP PPK dan PPN serta di NAFAS. Kami sebagai ahli peladang secara prinsipnya tiada halangan kerana itu adalah hak YB Menteri. Namun lantikan tersebut mestilah tidak melebihi barisan AJP yang dilantik oleh perwakilan. lni akan mematahkan semangat demokrasi yang didukong oleh Kerajaan Malaysia Baharu. Kerajaan Malaysia Baharu yang berkehendakan amalan demokrasi yang tulin daripada akar umbi daripada Peladang kepada Peladang untuk Peladang sepertimana juga kebebasan akhbar dan bersuara supaya masyarakat lebih matang dalam amalan demokrasi.
3. Menurut Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang 1983, Peraturan 35 (3) menyatakan bahawa lantikan YB Menteri adalah 4 orang sahaja. Pun begitu, Perlembagaan Pertubuhan Peladang yang baharu telah dikeluarkan oleh pendaftar pada Arahan Pendaftar Bil. 1/2016 telah memansuhkan AJP lantikan YB Menteri di peringkat PPK dan PPN dengan digantikan 2 AJP daripada golongan Peladang Nita serta 2 AJP daripada golongan Peladang Muda. Dengan adanya peraturan yang dibuat ini, seolah-olah kita kembali mengongkong ahli-ahli Peladang dan seolah-olah kembali ke belakang semula.
4. Mesyuarat unit-unit telah dilaksanakan sedangkan agenda pemilihan yang akan berlangsung diperingkat PPK dan Negeri serta Kebangsaan tidak selari dengan pemilihan unit yang mewujudkan ketidakadilan kepada pemilihan diperingkat unit-unit tersebut.
5. Tidak ada perbincangan lansung antara Kementerian-kementerian. Lembaga Pertubuhan Peladang dengan pemimpin-peminpin Pertubuhan Peladang di peringkat Kebangsaan, Negeri mahupun Kawasan, dimana ianya menunjukkan ketidaksefahaman yang boleh menyebabkan ketegangan dan masalah untuk masa depan. Pertubuhan Peladang yang mempunyai hampir 1 juta ahli di seluruh Malaysia.
6. Kaml juga memohon kerajaan meneliti semula perkara lni kerana seolah-olah lanya tidak dibincang secara menyeluruh dan teliti dan dibuat secara tergesa-gesa hanya demi kepentingan melampau parti politik yang tertentu tanpa menghiraukan proses kerajaan Malaysia baharu yang demokratik dalam melahirkan warga negara yang matang. Dimana Malaysia baharu seharusnya bererti era baharu bagi demokrasi perlu diperhebat. Demokrasi harus segar dan subur membudaya dalam kehidupan rakyat dan mengakhiri hubungan “tuan-hamba” atau “tauke-kuli” dalam kalangan sesama rakyat.
7. Oleh yang demikian, saya mewakili ahli jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Perak serta 30 Pertubuhan Peladang Kawasan seramai 103,053 ribu orang ahli Peladang seluruh Negeri Perak membantah akan pindaan peraturan tersebut dan memohon supaya peraturan sebelum ini (Arahan Pendaftar Bil. 1/2016) dikekalkan.
Disedlakan;

*(Dato’ Haji Nadzri bin Haji Ismail)*
Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak