PSKK Sipitang sertai Mother’s Day Walk Abreast

0
286
Puan Norazlinah (barisan hadapan, lapan dari kanan) bersama.Nancy Tham (tujuh dari kanan) bergambar kenangan bersama peserta Mother's Day Walk Abreast.
Ahli PSKKS bergambar bersama Datin Mary Yong sebelum menyertai program berjalan sempena Hari Ibu.

KOTA KINABALU: Seramai 65 ahli Persetuan Sukarelawan Kancer dan Kemesyarakatan Sipitang (PSKKS) yang diketuai oleh Presidennya, Puan Helen Morris, merupakan antara ribuan peserta yang menyertai 9th Mother’s Day Walk Abreast anjuran Kinabalu Pink Ribbon (KPR) yang berlangsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, hari ini.

Menurut Helen, PSKKS dijemput oleh KPR untuk bersama-sama menyertai dan menjayakan program itu.
Katanya, PSKKS yang mempunyai lebih 300 orang ahli bergerak aktif di kawasan pedalaman Sabah khususnya Sipitang, Beaufort, Tenom, Keningau dan Lawas (Sarawak).
“PSKKS merupakan sebuah persatuan  yang dianggotai oleh sukarelawan yang prihatin dan membantu masyarakat pelbagai kaum dan agama untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap penyakit kanser serta langkah-langkah pencegahan”, katanya ketika ditemui di sini.
Helen berkata, PSKKS juga dijemput oleh Persatuan Kanser Negara Brunei Darussalam untuk memberi ceramah serta berkongsi pengalaman mengenai aktiviti dan kempen kesedaran yang dijalankan.
“Dalam 4 bulan pertama tahun ini, PSKKS telah lima kali membawa ahli-ahli dan masyarakat kampung ke Jeseelton Medical Centre (JMC) membuat pemeriksaan “mammograms” dan kempen kesedaran lain”, tegas Helen.
Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Puan Norazlinah Ariff telah melepaskan peserta larian.
Turut hadir ialah Presiden Kinabalu Pink Ribbon, Nancy Tham, mantan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai.-pr/BNN