UNIRAZAK SIDMA taja biasiswa dan hadiah pemenang Pertandingan Unduk Ngadau 2019

0
Datuk Juil Nuatin selaku Penaung Jawatankuasa Unduk Ngadau 2019 menerima cek replika untuk tajaan tiga pemenang utama dengan nilai tajaan bernilai RM120,000. Turut bersama-sama menerima tajaan Ratu Unduk Ngadau 2018 Hosiani Keewon.

KOTAKINABALU: UNIRAZAK telah mengumumkan pemberian biasiswa pelajaran bernilai RM215,000 dan juga tajaan hadiah bernilai RM120,000 bagi Pertandingan Unduk Ngadau bagi tahun ini.

Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif UNIRAZAK hadir di Kolej SIDMA Kota Kinabalu semalam bagi menyerahkan secara rasmi memorandum persetujuan (MoA) yang telah ditandatangani pada tahun 2018.

Penyerahan MoA yang penuh simbolik itu menandakan permulaan kerjasama strategik antara UNIRAZAK dan Kolej SIDMA.

Ibarat pepatah sirih pulang ke ganggang, kembalinya Kolej SIDMA ke UNIRAZAK pada kali ini ternyata lebih bererti kerana ini adalah kerjasama yang lebih besar dan lebih baik dengan penekanan yang diberikan kepada dua program utama di Kolej SIDMA iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak serta dua lagi program iaitu Ijazah Bahasa Inggeris dan juga Ijazah Pentadbiran Pernigaan dengan 4 pengkhususan.

Dengan objektif utama memberi impak positif kepada para pelajar, pihak UNIRAZAK mengumumkan pemberian biasiswa UNIRAZAK SIDMA dengan nilai sebanyak RM215,000.00 kepada 5 pelajar terbaik Kolej SIDMA bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dikampus UNIRAZAK Kuala Lumpur. Biasiswa penuh itu diharap menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar Kolej SIDMA yang berbakat.

Dikesempatan itu juga, pihak UNIRAZAK turut mengumumkan penajaan kepada pertandingan akhir Unduk Ngadau peringkat negeri yang bakal diadakan pada penghujung Mei 2019. Tajaan bernilai RM120,000.00 itu termasuk hadiah wang tunai dan juga biasiswa pengajian kepada tiga pemenang pertandingan penuh tradisi dan kaya dengan nilai kebudayaan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, UNIRAZAK Amil Izham Hamzah berkata pihak mereka amat gembira dan teruja untuk penyatuan semula dan kembali menjadi rakan kongsi dengan Kolej SIDMA, untuk mencapai matlamat dan strategi yang telah kami rencanakan dalam usahamemajukan dan memperkukuh kedudukan UNIRAZAK di luar semenanjung Malaysia.

“Kerjasama strategik dan efektif dari institusi pengajian tinggi yang boleh dipercayai di Sabah dan Sarawak, adalah sejajar dengan apa yang kami di UNIRAZAK perlukan buat masa ini. Dengan Dr. Morni yang peneraju utama, Kolej SIDMA merupakan pilihan tepat sebagai wakil utama universiti kami di Sabah dan Sarawak,” kataanya.

Beliau berkata demikan semasa penyerahan simbolik biasiswa penuh untuk pelajar Kolej Sidma Sabah dan tajaan hadiah Pertandingan Unduk Ngadau 2019 di bangunan Kolej Sidma Sabah Penampang.

MoA ini tidak terhad kepada semata-mata memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka diperingkat sarjana di UNIRAZAK – skop kerjasama ini akan berkembang ke pelbagai aspek lain, termasuk sokongan untuk urusan dan aktiviti pelajar, pertukaran tenaga akademik dan pelajar antara kedua-dua institusi, serta menghasilkan inisiatif penjenamaan, pemasaran dan komunikasi.

Sebagai sebahagian daripada permulaan MoA, telah menyediakan biasiswa penuh berjumlah RM215,000 kepada lima pelajar berkelayakan, yang dinamakan Biasiswa UNIRAZAK SIDMA.

Para pelajar yang telah dipilih untuk penajaan itu akan menjadi penerima biasiswa perintis bagi inisiatif ini. Inilah cara kami untuk menzahirkan komitmen dan usaha kami terhadap kerjasama ini serta memberi penghargaan kepada bakat dan dedikasi yang kami saksikan dari pelajar-pelajar Kolej SIDMA.

Mengetahui kepentingan nilai budaya dan tradisi penduduk di sini, kami mengambil kesempatan untuk menaja pertandingan Unduk Ngadau yang diadakan secara besar-besaran saban tahun. Sebagai tanda sokongan kepada tradisi bersama Kolej SIDMA, kami akan menaja tiga pemenang utama dengan nilai tajaan bernilai RM120,000.

Perkongsian atau hubungan strategik yang mengikat tali persahabatan kami ini, merupakan satu penghormatan buat kami di UNIRAZAK. Ia adalah demi rasa tanggungjawab, kecintaan dan semangat yang tinggi kepada industri pengajian tinggi, serta kesungguhan yang kami rasakan dari Kolej SIDMA yang menjadikan ini kerjasama yang akan membawa perubahan besar dan yang paling penting, memberikan impak yang bermakna kepada pelajar kami.”

Pengasas dan Pengerusi, Kolej SIDMA Dr. Morni Kambrie berkata, Kolej SIDMA menerima undangan dari UNIRAZAK untuk kerjasama yang menarik ini, amat berbangga dan bersyukur kerana UNIRAZAK adalah sebuah universiti swasta yang terkenal di Malaysia dan ini sememangnya merupakan pengiktirafan bagi mereka.

“Secara peribadi, saya melihat UNIRAZAK dan Kolej SIDMA berkongsi nilai dan aspirasi yang sama, serta mempunyai visi untuk menjadi yang terbaik dan memberikan yang terbaik kepada pelajar dan masyarakat di Sabah.

“Mereka gembira dapat memberi sokongan dan dorongan kepada inisiatif kami di Kolej SIDMA, termasuk menaja pertandingan peringkat Unduk Ngadau – satu usaha yang saya percaya adalah tidak konvensional tetapi impaknya sangat positif untuk jenama gabungan Kolej SIDMA dan UNIRAZAK,” katanya.

Jelasnuya keputusan untuk bekerjasama dengan UNIRAZAK sekali lagi adalah satu keputusan yang saya tahu akan membolehkan Kolej SIDMA berkembang lebih baik dan mengukuhkan reputasi kami di seluruh Sabah dan Sarawak dalam menawarkan program yang tersedia industri dan menghasilkan graduan berkualiti tinggi dengan Diploma Pendidikan dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

 Dengan Biasiswa UNIRAZAK SIDMA, ia dapat menggalakkan pelajar Diploma kami untuk meneruskan matlamat akademik dan berusaha mendapatkan biasiswa yang ditawarkan bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana mereka di UNIRAZAK.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif, UNIRAZAK Amil Izham Hamzah, Pengasas dan Pengerusi, Kolej SIDMA Dr. Morni Kambrie, Penaung Jawatankuasa Unduk Ngadau 2019 Datuk Juil Nuatin dan Ratu Unduk Ngadau 2018 Hosiani Keewon.–pr/BNN