Cetusan fesyen Muslimah

0
146
Penaja utama Rejanah Bahanda dan bersama pengerusi penganjur Disember Teo bergambar kenangan dengan para pemenang Anugterah Jejari Emas 2019

KOTA KINABALU: Seramai 24 pereka tempatan daripada Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menyertai Anugerah Jejari Emas 2019 semalam.

Semua pereka telah mempamerkan seni rekaan busana pakaian Musliman dalam pelbagai cara melalui rekaan evening grown. Tujuan pertandingan ini adalah adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat baru dan mengiktiraf pereka-pereka fesyen tempatan.

Menurut Rejanah Bahanda pertandingan itu juga salah satu inisiatif pihaknya Real Beauty Sdn Bhd sebagai penaja utama telah memberi pengalaman serta meningkatkan komunikasi pereka muda yang kreatif perlu membentangkan idea, konsep dan strategi jualan serta pemasaran di hadapan juri yang mengadili pertandingan berkenaan

“Ini kali pertama kita menghasilkan rekaan Muslimah dan saya bangga kerana mereka sanggup menyahut cabaran untuk menghasilkan busana yang cantik.

“Malah, usaha semua finalis wajar diberi pujian kerana mereka bukan Islam tetapi sedia mempelajari budaya dan fesyen baru dan ia sesuatu yang amat menarik.

“Meskipun belum bergelar pereka fesyen profesional, kami berpuas hati melihat hasil rekaan mereka yang sesuai dengan konsep Muslimah iaitu elegan tetapi tidak melanggar batas,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Anugerah Jejari Emas 2019 di Ther Klagen Hotel Kota Kinabalu semalam. Lebih kurang 220 orang tetamu yang hadir termasuk artis-artis tempatan seperti Ebi Kornelis, Apiz Paschya dan Tyqa Buloonk. Pengacara: Stanley dan Jason.

Tambah Rejanah lagi, beliau percaya pereka fesyen mempunyai daya kreatif bagaimana rekaan mereka dapat ditonjolkan bukan sahaja dalam negeri tetapi juga sehingga peringkat antarabangsa, sekiranya kita kemahuan untuk maju ke depan.

“Rekaan fesyen boleh dalam pelbagai daripada tradisional hingga moden termasuk fesyen pakaian Muslimah boleh juga diketengahkan. Pertunjukan fesyen itu akan memaparkan hasil sentuhan pereka fesyen tempatan yang menyuntik unsur moden dengan gabungan tradisional dan memperlihatkan kematangan serta pemahaman terhadap unsur batik dengan menyediakan kepel- bagaian motif dalam rekaan,” jelasnya.

Sementara itu Pengerusi Penganjur, Disember Teo turut memuji rekaan dihasilkan finalis yang dianggap kreatif dan berhasrat untuk menjadikan Anugerah Jejari Emas sebagai acara tahunan memandangkan sambutan baik daripada pereka-pereka tempatan.

“Mereka kreatif dan berpandangan jauh kerana menitikberatkan wanita secara amnya, bukannya yang beragama Islam saja.

“Bagi saya ini adalah pendedahan baik bagi penuntut untuk memahami dan menyuntik elemen budaya termasuk menghasilkan pakaian Islamik yang kini semakin mendapat tempat dalam industri fesyen,” katanya.

Dalam acara itu Kategori Pakaian Muslimah dimenangi oleh Marcellus Gatisi.

Juara keseluruhan: Vivien May (RM2000), tempat pertama Noreini Elok (RM1500), kedua Marcellus Gatisi (RM1000), ketiga: Alicia bte Lenson (RM800), keempat Alsfera Glenda (RM600) dan kelima  Nur Al Fatihah Khalid (RM400) dan keenam Yap Khiam Siaw (RM300). Hadiah iringan termasuk Trofi, Sash, Bunga dan Sijil penyertaan.

Ketua Pengadil Syafieq Ayman (Pereka Fesyen terkenal di Kuala Lumpur), Jamaika Kisau (Pengarah Times J Group) dan Rejanah Bahanda (CEO Real Beauty Sdn Bhd)

Untuk Subsidiaries Title,  Best Model : Ziana (RM200), Best Makeup : Tina (RM200), Designer popular FB : Nur Al Fatihah Khalid (RM200),  Best dress man : Fikri Zuakira (RM200), Best dress woman : Alissa (RM200), Best dress designer : Nur Al Fatin Khalid (RM200), Designer popular audience : Vivien May (RM200), Best dress muslimah : Marcellus Gatisi.-pr/BNN