25 ketua penaja Srikandi bahagian BERSATU terima watikah

0
1140
Rina (tiga dari kiri) menyampaikan watikah perlantikan kepada Ketua Penaja Srikandi Bahagian Silam, Puan Mizma sambil diperhatikan oleh Hajiji (kiri), Mohd. Rafiq (dua dari kiri), Masidi (dua dari kanan), Azizah (empat dari kiri) dan Mohd.Isquzaean (kanan) di majlis itu.

TUARAN:  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan perlantikan 25 Ketua Penaja Srikandi (sayap wanita) Bahagian, BERSATU Sabah.

Kesemua 25 Ketua Penaja Bahagian telah menerima watikah perlantikan  masing-masing daripada Ketua Srikandi BERSATU Malaysia, Datuk Seri Rina Mohd.Harun

Majlis bersejarah itu telah diadakan di kediaman  Ketua Penyelaras BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Kampung Serusup, Tuaran.

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Hajah Azizah Mohd.Dun diamanahkan mengetuai Srikandi BERSATU Sabah.

25 Ketua Penaja Srikandi bahagian BERSATU Sabah terdiri daripada; 

ZON 1
Kudat: Datuk Aminah Ambrose 
Kota Marudu: Dato Redonah Bahanda 
Kota Belud: Puan Hasrina Wati Golkan
Tuaran: Puan Jamaliah Antalip 

ZON 2 
Sepanggar: Puan Aziah Atoh 
Kota Kinabalu: Puan Salmi Sarinoh 
Putatan: Puan Salmah Sait
Penampang: Puan Luvila Koisun 

ZON 3 
Papar: Puan Fahzean Mohiddin 
Kimanis: Cik Dayang Hairena Awang Basir 
Beaufort: YB Datuk Hajah Azizah Mohd Dun 
Sipitang: Datuk Surinam Sadikun

ZON 4 
Ranau: Datuk Amisah Yassin 
Keningau:  Hajah Amelia Ajun 
Tenom: Puan Sabini Ansumor 
Pensiangan: Puan Nesha Azuren Datuk Abdul Ghani 

ZON 5 
Beluran: Puan Aneh Jamri
Libaran:  Puan Annabell Parian
Batu Sapi: Puan Hasma Nurdin 
Sandakan: Puan Normawati Sarjam 
Kinabatangan: Puan Dayang Norhayatl Titing 

ZON 6 
Silam:  Puan Mizma Appehdullah 
Semporna: Hajah Saridah Ab Lakata
Tawau:  Datuk Hajah Rosdiana Md Nor 
Kalabakan: Puan Maria Haji Wahaya 

Turut hadir di majlis itu ialah  Ahli Majlis Tertinggi BERSATU, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen, Timbalan  Penyelaras BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Penyelaras Angkatan Bersatu Anak Muda ( Armada) BERSATU Sabah, Mohd.Isquzaean Israq Arsit dan ketua-ketua penaja bahagian BERSATU Sabah.-pr/BNN