APS mungkin buat laporan Polis tentang pemberian IC

0
Paul Kadau

KENINGAU: NGO Angkatan Perpaduan Sabah (APS) menimbang akan membuat laporan polis dalam masa terdekat  untuk menyiasat perkara yang telah dibangkitkan banyak pihak diluar sana berhubung dakwaan penglibatan Parti Warisan dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengurus pemberian kad pengenalan (IC).

Naib Presidennya, Paul Kadau berkata, walaupun beberapa penafian daripada Parti Warisan berhubung isu itu sebelum ini, namun ia tidak dapat meyakinkan pihak terbabit (yang membuat tuduhan) kecuali Parti Warisan dan JPN tampil membuat laporan polis untuk siasatan, katanya.

Terlalu banyak andaian yang meyakinkan pihak yang melakukan dakwaa itu, antaranya mereka mempersoalkan kehadiran logo Parti Warisan didalam borang JPN kerana bukan mudah orang luar apa lagi pembangkang untuk melakukannya jikalau tiada kerjasama dengan JPN, kata Paul.

“ Setakat penafian demi penafian didalam akhbar mahu pun dimedia sosial tidak mencukupi untuk melupuskan isu tersebut…(kecuali) pihak yang didakwa/dituduh  terutama Parti Warisan dan JPN masing masing tampil membuat laporan polis minta isu itu disiasat.

“ Kita juga bosan dengan kenyataan pemimpin pemimpin dari Parti Warisan yang sering mengelak dan menafikan  isu ini tetapi tiada tindakan konkrit dilakukan…kerana kita memahami perasaan rakyat yang terlalu menebal diminda mereka mempersoal, mengapa borang JPN dibenarkan mencetak lambang parti itu doborang JPN?,” kata Paul kepada pemberita pada Sabtu.

Paul yang juga merupakan Pengerusi APS Keningau berkata demikian sebagai mengulas isu hangat itu yang tular dimedia sosial malah turut menghiasi muka depan akhbar akhbar tempatan beberapa hari kebelakangan ini.

Antara isu yang dibangkitkan mendakwa, kononnya terdapat satu sendiket dipercayai wujud dan menjalankan aktiviti menjual borang permohonan dokumen palsu yang menggunakan logo lama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan logo Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk mempengaruhi orang ramai.

Malahan kes yang terbaru, agak malang sedikit kerana Parti Warisan pula mengarahkan orang ramai yang melihat aktiviti sendiket itu untuk membuat laporan polis…sepatutnya, mereka lah (warisan) yang melakukannya (laporan polis) kerana ia telah melibatkan lambang parti mereka telah dipersendakan, kata salah seorang pemilik muka buku (fb).

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, sindiket berkenaan mengambil kesempatan daripada tindakan pihak pembangkang yang selama ini membuat tuduhan kononnya Warisan terlibat memberikan dokumen kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) dan disebarkan di media sosial untuk mempengaruhi rakyat.

Beliau yang juga Ketua Wira Warisan berkata, PATI yang terdesak dan terpedaya dengan tuduhan palsu pemimpin pembangkang itu sanggup membayar berapa sahaja untuk mendapatkan borang permohonan palsu berkenaan sehingga memberi keuntungan kepada kumpulan sindiket berkenaan.

Bagaimana pun, Kenyataan Azis itu turut disangkal oleh pemilik akaun muka buku Gunnar Guntil dengan berkata, “ Dia ingat JPN Sabah pembangkang yang pegang kah? Dahlah tu kalau itu angkara pembangkang, kerajaan negeri luluskan kah?… pastu… percayakah PTI pada pembangkang, sedang PTI lebih rapat kepada kerajaan negeri.

“ Dulu ada kes serupa yang didalangi oleh seorang doktor perubatan (Dr) sebuah klinik swasta diTuaran….tapi dinafikan. Dan tiada sebarang tindakan dibuat. Kini berulang lagi. Sila siasat hingga ke akar umbi dan ambil tindakan sewajarnya,” katanya. -pr/BNN