Wanita UMNO Sabah anjur iftar ramadan dan singgah sahur

0
168
Noraini (barisan kedua, 10 dari kiri), Dr. Jainab (barisan kedua, 9 dari kiri) dan kepimpinan Wanita UMNO bergambar bersama ibu-ibu tunggal yang diraikan.

 

Dr. Jainab menyerahkan bungkusan makanan kepada anggota bomba Sembulan yang bertugas semasa Program Singgah Sahur.

KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita UMNO Sabah telah mengadakan Majlis Iftar Ramadan bersama Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia,  Dato Noraini Ahmad di Oriental Hotel, Kota Kinabalu, semalam.

Seramai 20 orang ibu tunggal dari UMNO Zon 2 terdiri daripada Bahagian Sepanggar, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang telah menerima sumbangan berupa wang daripada Wanita UMNO Negeri dan kuih Raya daripada Noraini di majlis itu.

Hadir sama di majlis itu ialah Penolong Bendahari  Wanita UMNO Malaysia, Datin Maizatul Akmam Alawi, Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Hajah Dr.Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid,  Ketua-Ketua Wanita UMNO Bahagian seluruh Sabah,  naib ketua wanita, setiausaha, bendahari dan ketua penerangan UMNO Zon 2.

Sementara itu, Wanita UMNO Sabah turut mengadakan Program Singgah Sahur Bersama Noraini yang melibatkan pengagihan 100 bungkus makanan ke beberapa tempat terpilih termasuk Hospital Queen Elizabeth 1, Balai Bomba Sembulan, Balai Polis Putatan dan Kota Kinabalu.-pr/BNN