Ribuan hadir majlis rumah terbuka BERSATU bahagian Sipitang

0
1341
Matbali (tiga dari kanan) dan Yamani Hafez Musa (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama Datuk Dr. Yusof Haji Yacob (empat dari kiri), Isnin (dua dari kiri) dan tetamu lain yang hadir.
Matbali (tiga dari kiri) bersama Yamani Hafez ( dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan tiket bertuah.

BEAUFORT: Ribuan rakyat berbilang kaum telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Sipitang yang diadakan di perkarangan Ainley Car Wash & Cafe, Jalan Lumadan, hari ini.

BERSATU Bahagian Sipitang diterajui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan selaku Ketua Penaja Bahagian dan Timbalannya ialah Ahli Parlimen Sipitang, Haji Yamani Hafez Musa.

Antara tetamu yang menghadiri majlis itu ialah Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Yusof  Haji Yacob yang juga ADUN Sindumin, ADUN Klias, Datuk Isnin Haji Alisnih, mantan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad, para pemimpin parti gabungan Pakatan Harapan (PH), pemimpin kerajaan dan masyarakat serta rakyat jelata.

Matbali berkata, majlis rumah terbuka itu diadakan sebagai tanda kasih dan sayang pemimpin dan parti BERSATU kepada rakyat jelata khususnya di Parlimen Sipitang, selain menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Yamani Hafez (kiri) bersama Matbali (dua dari kiri) menyampaian sampul duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

“Walaupun kita dari pelbagai fahaman politik, namun perbezaan itu bukan penghalang kepada kita untuk bersama-sama rakyat meraikan sambutan Hari Raya.

“Kita mengharapakan hubungan silatulrahim ini akan terus berkekalan selamanya agar suasana damai dan hormoni ini dapat terus dipertahankan”, katanya.

Beliau berkata, Sabah merupakan negeri yang unik kerana lebih 35 atnik dapat hidup dalam keadaan yang rukun, damai dan harmoni walaupun dibezakan dengan fahaman politik., agama dan budaya.

Menyentuh BERSATU, Matbali berkata sejak ianya dilancarkan pada April 2019, sambutan rakyat di kawasan parlimen Sipitang amat menggalakkan dan penyertaan  rakyat keatas  parti itu terus meningkat.

“Kita tidak ada masalah di bahagian Sipitang, lebih-lebih lagi BERSATU adalah anggota dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Kerajaan Persekutuan”, tegasnya.-pr/BNN