5000 hadir majlis rumah terbuka YB Datuk Hj Mohd. Arifin Hj Mohd. Arif

0
Mohd.Arifin (lima dari kanan) bersama Hajiji (enam dari kanan), Ghulamhaidar (belakang Mohd.Arifin) dan tetamu lain yang menghadiri majlis rumah terbuka itu.
HAJIJI disambut oleh Mohd.Arifin dan tetamu lain setibanya di majlis rumah terbuka Arifin

MEMBAKUT: Sekitar 5 ribu orang telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif di Kampung Pimping, hari ini.

Antara kenamaan yang hadir termasuklah Ketua Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Haji Hajiji Haji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman,
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Hajah Azizah Mohd.Dun yang juga Ketua Srikandi Sabah, ADUN Kawang, Datuk Haji Ghulamhaidar Khan Bahadar, ADUN Klias, Datuk Isnin Haji Alisnih dan ADUN Lumadan, Encik Matbali Musah.

Mohd. Arifin yang juga Ketua Penaja BERSATU Bahagian Kimanis  berkata, Hari Raya merupakan masa untuk bersilatulrahim tanpa mengira fahaman politik, agama, bangsa dan kaum.

HAJIJI (tiga dari kiri) berbual mesra bersama Mohd.Arifin (dua dari kiri), Ghulamhaidar (empat dari kiri) dan tetamu lain di majlis itu.

“Inilah indahnya Aidilfitri kerana kita dapat bersama-sama dan disatukan dalam perayaan yang suci kerana inilah perayaan untuk mengeratkan silatulrahim, ukhuwah dan perpaduan dikalangan kita”, katanya.

Menurutnya, BERSATU Kimanis ialah  memberi fokus kepada pendidikan dan keilmuan, khususnya daerah Membakut yang merupakan daerah ilmu pengetahuan.

Sebab itu katanya, usaha-usaha untuk memperkasa pengetahuan atau ilmu ini akan diteruskan, termasuk meneruskan pemberian peruntukan tahunan kepada semua sekolah.

“Kita juga akan memberi fokus kepada pusat sumber sekolah kebangsaan bagi memperkasa budaya membaca dikalangan masyarakat, khususnya pelajar dan orang muda.

“Saya juga akan membawa masalah sekolah daif yang memerlukan pembangunan semula dan pembaikan kepada Menteri Pendidikan dan keperluan sebuah mini kompleks sukan di Kimanis kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman”, tegasnya.

Mohd.Arifin berkata, setakat ini terdapat 4 buah sekolah yang memerlukan pembaikan segera dan mendesak iaitu di Binsuluk, Pekan Membakut, Bandau dan Ulu Membakut.-pr/BNN